Kemampuan Berlari Sepantas 320km/j, Ini 8 Fakta Lipas Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Share

Bila sebut sahaja ‘lipas’, mungkin ramai yang sudah berasa ngeri dan geli, lebih-lebih lagi jika serangga itu berterbangan di sekeliling. Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas dan 30 daripadanya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia.

Nah, untuk korang yang fobia sangat dengan serangga bernama lipas ni, ini ada 8 fakta yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin dilaman twitter yang pastinya buat korang lebih terkejut. Hiks!

Jom kita check it out!

1. Lipas boleh meleperkan badannya

Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.

2. Boleh menukar kelajuan ketika berlari

Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j.

Foto: pestcontrol.basf.co.za

3. Mampu hidup tanpa kepala

Lipas mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan tetapi akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

4. Lipas hidup dalam berkumpulan

Lipas hidup secara berkumpulan tetapi tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkumpul.

5. Ada lipas boleh melompat

Ramai orang takut kepada lipas terbang, tapi mungkin ramai yang akan lebih takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.

Argh, dengar pun dah seram. Hiks!

Foto: latimes.com

6. Lipas menggigit manusia

Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Namun begitu, gigitan ini tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengkin dan labah-labah.

7. Lipas masuk telinga

Situasi ini yang selalu kita dengar bila lipas masuk ke telinga. Tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian lipas. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.

Jadi, hati-hati ya guys.

8. Lipas makanan eksotik

Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana, lipas juga dimakan sebagai snek.

Ha, mesti ramai yang baru tahu fakta-fakta tentang ‘musuh’ orang ramai ni kan? Apa lagi guys, share la dengan kawan korang yg takut lipas tu. Hehe!

Sumber: Twiter Dr. Kamarul Ariffin

Published by
Noor Ain Norman