Semalam, di segala penghulu hari iaitu Jumaat, di media sosial viral tentang kematian seorang lelaki, dikenali sebagai Pak Osman. Seakan tahu Allah akan menjemputnya ke alam abadi, ternyata di pengakhiran kehidupannya arwah Pak Osman membuat banyak kebaikan.
Sudahlah dijemput Allah di hari Jumaat yang begitu mulia, ada lagi kebaikan dilakukan oleh arwah di hari terakhirnya. Antara kebaikannya ialah allahyarham s edang berpuasa straight selama 10 hari kerana bernazar isterinya dapat panggilan ke Tanah Suci Makkah, antara lain kebaikannya kematiannya berlaku pada hari Jumaat (semalam), sedang beriktikaf di masjid, sedang menanti di taman syurga majlis ilmu, sedang mengimarahkan masjid dan membuka pintu masjid. Allah begitu memuliakan dirinya.Begitu beruntungnya arwah kerana mendapat segala kebaikan dan kerahmatan di dunia sementara ini.
Ternyata, indahnya saat akhir hidupnya.
Nama mesra beliau Pak Osman. Kewujudannya tak disedari. Ketiadaannya kurang dicari. Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih byk sekalipun zahir ilmunya mcm masih sederhana. Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah maghrib. Umurnya pencen tapi ibadahnya belia. Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudahpun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba, dia biasa hulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dgn anaknya. Begitulah rutin beliau.
Namun..
Hari ini hari Jumaat. Beliau sdg iktikaf lebih awal. Beliau telah solat lebih awal. Difahamkan beliau sedang berpuasa hari ini straight 10 hari, nazar kerana isterinya terpilih ke Baitullah tahun ini. Beliau sdg menunggu ketibaan penceramah tazkirah Jumaat. Beliau sedang membantu pihak masjid utk membuka salah satu pintu masjid, tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti. Setelah 40 minit pasukan bantuan memberikan pertolongan cemas, beliau disahkan meninggalkan dunia. Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid AnNur Galleria@Kotaraya.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah merahmati ruh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan oleh Allah, lalu Allah memuliakannya. Sdg hari ini hari Jumaat. Sdg beriktikaf. Sdg berpuasa pula. Sdg menanti di taman syurga majlis ilmu. Sdg mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid. Seolah-olah selangkah lagi masuk ke Syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya. Allah..Allah..Allah.. Mulianya kematianmu. Indahnya pengakhiranmu.
Beliau dikebumikan petang ini juga sebelum mentari lenyap di ufuk barat. Saya mohon sangat-sangat agar yg membaca mesej ini supaya hadiahkan Fatihah buatnya.
له الفاتحة