Kematian Pertama Vape Dicatat, Jika Kata E-Rokok Bebas Nikotin Memang Kena Tipulah

Share

Rokok elektronik sering digambarkan sebagai agak selamat. Malah ada penghisapnya yang mendakwa ia sebagai pengganti rokok, bebas bahan kimia dan nikotin, tidak menyebabkan ketagihan dan selamat digunakan. Malah ada dakwaan vape lebih jimat dari rokok.

Jika ramai berfikir begitu, ternyata memang silaplah dan lebih senang cakap memang kena tipu hidup-hiduplah kerana di Chicago Amerika Syarikat, kematian pertama akibat menghisap vape dicatatkan sekaligus  mencatat rekod  pertama kematian melibatkan pesakit rokok elektronik ini.

 Kes kematian akibat vape turut di tweet oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad selepas kes ini tersebar.

Tweet Menteri Kesihatan mengenai kematian pertama akibat vape

 Laporan  Astro Awani semalam menyiarkan laporan berita ini. Seorang pesakit meninggal dunia dipercayai akibat penggunaan rokok elektronik, sekali gus menjadikannya kematian pertama di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan rokok alternatif itu.

Pegawai kesihatan di Jabatan Kesihatan Awam Illinois mengesahkan kematian mangsa yang disahkan menghidap sakit paru-paru kronik dipercayai akibat tabiatnya menghisap vape.

Ia bagaimanapun namun enggan mendedahkan nama, usia dan jantina mangsa, lapor CBS Chicago.

“Keseriusan penyakit yang dialami orang awam akibat vape adalah pada tahap membimbangkan dan kita perlu sedar penggunaan e-rokok adalah berbahaya pada kesihatan.

“Kami minta pasukan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk datang ke Illinois bagi membantu kami menyiasat kes ini,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois, Dr Ngozi Ezike.

Ramai penghisap vape mendakwa vape bebas nikotin.

Agensi itu berkata sekurang-kurangnya 22 orang berusia di antara 17 dan 38 tahun menghidap beberapa jenis penyakit pernafasan selepas menggunakan e-rokok, manakala 12 kes lain pula sedang disiasat.

Kes-kes penyakit pernafasan yang berkaitan dengan vape turut dilaporkan berlaku di Chicago dan Champaign. Mereka yang terjejas mempunyai gejala termasuk batuk, sesak nafas dan keletihan.

Ada di antara mereka juga mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Sehingga Rabu, CDC melaporkan 153 kes sesak nafas berlaku di Amerika Syarikat.

Published by
Almaswa Haji Che Ros