Menerusi hantaran di akaun Twitter beliau pada hari ini, ahli parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berduka setelah mendapat tahu bahawa kucing peliharaannya telahpun menghembuskan nafas terakhir pada hari ini.
Kucing berbulu jingga yang dinamakan Toby itu pernah beberapa kali menghiasi perkongsian foto dan video bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu sebelum ini sehingga ia cukup dikenali oleh pengikut beliau di media sosial.
Beliau juga tidak pernah berselindung di sebalik rasa cintanya terhadap kucing-kucing peliharaannya termasuklah Toby dan Meow Meow.
Lantas dengan pengumuman ini, bukan hanya Syed Saddiq yang terkesan dengan pemergiannya bahkan warganet juga turut merasa hiba.
“Toby, kucing kesayangan saya telah meninggalkan kita. Amat secara tiba-tiba. Saya rindukannya sangat-sangat. Terima kasih kerana ada bersama saya semasa waktu-waktu sukar. Semoga kamu berehat dengan aman di ‘syurga kucing’,” ciapnya pagi tadi.
Ads
Perkongsian itu mendapat simpati daripada pengikutnya yang berpendapat hanya pemilik kucing peliharaan sahaja memahami kesedihan yang dirasai Syed Saddiq; termasuklah penyanyi, Hafiz Hamidun dan pelakon, Tiz Zaqyah.
“Setiap pemilik kucing tahu betahap sedihnya untuk kehilangan kucing mereka,” kata Hafiz.
“Ouh no. Deepest condolences.” – Nadia Khan, penulis novel dan skrip.
“Sorry to hear that YB.” – Firdaus Azil, pembaca berita Awani.
Untuk pengetahuan korang, sekitar November tahun lalu, Syed Saddiq yang juga adalah Presiden parti MUDA pernah mengisytiharkan aset secara langsung di laman Facebooknya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung.
Di antara aset yang dinamakannya itu termasuklah kucing-kucing peliharaan yang merupakan pemberian abangnya dan rakannya pada tahun 2018 serta 2019.
Ads
“Saya akan mengisytiharkan mereka sebagai harta saya kerana mereka tidak ternilai untuk saya,” katanya dalam sidang media dalam talian itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu gambar sudah dapat menimbulkan percanggahan pendapat di media sosial..?
Itu yang berlaku apabila foto salah seorang penghias cover Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 iaitu Cik B dimuat naik di laman Twitter.
Cik B dipilih untuk digandingkan bersama penyanyi, Naim Daniel dan YouTuber berbakat, Cupcake Aisyah bagi isu istimewa Digital Darlings, kali ini. Mereka memulakan minat masing-masing dalam bidang perniagaan, vlogging dan nyanyian menerusi medium digital dan terbukti, mereka mempunyai pengikut tegar.
Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019.
Jadi apabila Cik B terpilih, tentulah ada konsep solekan dan styling yang disediakan khas bagi remaja berusia 14 tahun ini.
Dia mengakui tidak biasa disolek atau rambutnya ditata rias secara profesional.
Semasa sesi penggambaran dilangsungkan juga, Cik B lebih selesa membiarkan saja jurusolek dan jurudandan, Ayang Kamell untuk melakukan tugas tanpa banyak bertanya.
Tapi apabila siap, Cik B ternyata berubah imej! She is all glammed up for our shoot.
Kami pun terkejut dengan hasilnya, inikan lagi netizen yang mengenali Cik menerusi video-videonya.
Terkejut sangat sampaikan ada sesetengah daripadanya tak dapat menerima perubahan tersebut. Guys, inikan penggambaran cover Majalah Remaja. Tentulah ada konsep solekan berbeza yang ditampilkan. Malangnya, ada yang… hhm malas lah nak cakap.
NAMUN, tak semua berpendapat sedemikian. Lebih ramai netizen yang menganggap Cik B kelihatan confident dan berjaya menjadikan shot tersebut menjadi.
She is serving the look and some of us just can’t even.
*
Jelas, Cik B sendiri menyukainya and that is the most important part.
Mana tahu, selepas ini Cik B lebih terbuka hati untuk mencuba solekan berbeza pula.
*
Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 kini di pasaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awal tahun 2020 dimulai dengan berita yang agak sedih apabila kira-kira setengah billion haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran di Australia sejak hujung Ogos tahun lalu.
Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kira-kira 8,000 koala mati terbakar iaitu satu pertiga daripada seluruh populasi koala di New South Wales.
Rentetan daripada berita tersebut, sebuah hospital koala di New South Wales, Hospital Port Macquarie Koala membolehkan korang untuk mengadopsi koala dalam penjagaan mereka, tidak kiralah korang berada di mana sahaja.
Maknanya, korang tak perlu berada di Australia untuk mengadopsi koala. Hanya pilih tiga pakej yang disenaraikan di bawah untuk menyokong usaha mereka bagi membantu memberi dana untuk menyelamatkan koala di negara tersebut.
⦁ AUD40 (RM112.90) setahun dan korang akan menerima e-sijil dari hospital berserta gambar dan nama koala yang diadopsi bersama nama korang juga
⦁ AUD70 (RM197.57) korang akan mendapat sijil fizikal, booklet hospital mengenai koala, latar belakang koala yang diadopsi, penanda buku koala dan satu salinan majalah hospital yang akan dihantar kepada korang
Kesemua duit yang diterima akan disalurkan untuk rawatan serta pembiayaan bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang haiwan-haiwan yang memerlukan.
Namun begitu sekiranya korang tidak mampu untuk mengadopsi koala tersebut, ada cara lain juga untuk membantu mereka dengan menderma mengikut kemampuan di laman web GoFundMe yang turut sama dalam usaha membantu koala yang terjejas dalam kebakaran hutan di Australia.
Kalau korang rasa kesian melihat nasib koala yang viral di media sosial sejak beberapa minggu lalu, inilah masanya untuk menyalurkan rasa simpati dan bantuan korang bagi menyelamatkan spesis ini.
Perutusan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam seakan mengiyakan bahawa ledakan kes positif baharu Covid-19 berpunca daripada Pilihan Raya Umum negeri Sabah.
Setelah berbulan-bulan mengelak daripada mengaku bahawa penganjuran PRN pada bulan September lalu itu adalah punca kepada penularan semula kes positif yang akan mengakibatkan situasi ekonomi negara bertambah teruk, beliau yang mewakili jemaah menteri semalam berpandangan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah wajar dibatalkan dan ditangguhkan ke satu tarikh lain selepas pandemik ini berakhir.
“Jemaah menteri mengambil kira kesan penularan Covid-19 di negeri Sabah susulan Pilihan Raya Umum negeri Sabah yang diadakan September lalu. Data menunjukkan kes kumulatif di negeri Sabah meningkat sehingga 91.5 peratus selepas 14 hari berkempen untuk PRN Sabah.
“Situasi penularan itu bertambah buruk apabila kes semakin mendadak selepas 4 minggu dari tarikh mengundi. Pada 24 Oktober lalu, Sabah mencatatkan 11,285 kes kumulatif dan menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencatatkan kes Covid-19 melebihi 10,000 kes.
“Walaupun kerajaan pada masa ini melaksanakan PKPB yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah, ia tidak boleh dihalang kerana hak mereka untuk mengundi adalah dijamin oleh Perlembahaan Persekutuan.
“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan Pilihan Raya Umum negeri Sabah, jemaah menteri berpandangan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah untuk dielakkan,” kata beliau.
Sebelum ini, rakyat di seluruh negara menyuarakan rasa marah dan kecewa mereka setelah kes Covid-19 di Malaysia kembali meledak susulan daripada keputusan kerajaan untuk meneruskan Pilihan Raya Umum negeri Sabah, September lalu.
Malaysia pada waktu itu telahpun beransur-ansur pulih daripada ancaman wabak ini dan peningkatan semula dilihat berpunca daripada pilihan raya tersebut. Kerajaan yang diwakili Perdana Menteri umpama mengelak daripada mengiyakan dakwaan itu dalam mana-mana perutusan atau kenyataan yang diberikan olehnya.
Apapun, REMAJA bersetuju dengan keputusan penangguhan ini dan yakin bahawa kerajaan negeri Sabah mampu untuk mengambil alih pemerintahan di Batu Sapi buat sementara waktu walaupun ia kini tanpa seorang pemerintah yang dilantik oleh rakyat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan...