
Khabar baik buat semua peminat K-Pop apabila dua penyanyi terkenal dari Korea Selatan iaitu (G)I-DLE dan BamBam dari GOT7 bakal disatukan dalam satu konsert istimewa di Stadium Merdeka pada Jun ini.
Dalam satu perkongsian di media sosial, konsert yang dibawakan oleh Live Universe pada 14 Jun itu juga menjadi momen bersejarah kerana ini merupakan konsert K-Pop pertama yang dibuat di Stadium Merdeka selepas stadium itu siap digunakan selepas renovasi.
“Kami mahu membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang”, kata Live Universe dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Live Universe turut menawarkan cabutan bertuah eksklusif kepada 10,000 pembeli tiket awal kategori CAT1, CAT2, atau CAT3 dan berpeluang membawa pulang sebuah kereta Toyota Vellfire.
Selain itu, bagi pembeli tiket CAT4, CAT5, atau CAT6, mereka berpeluang untuk menyertai cabutan berasingan dengan lima pemenang bertuah akan menerima telefon pintar iPhone 16.
Sekadar info, ini merupakan konsert kedua BamBam di Malaysia selepas kejayaan konsert jelajah solonya ‘AREA 52’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2023 lalu. Antara lagunya yang popular adalah seperti Sour & Sweet, Let’s Dance, LAST PARADE, dan Thank You Come Again.
Manakala, (G)I-DLE dianggotai oleh Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua yang sebelum ini pernah menggemparkan pentas Kuala Lumpur pada 9 September 2022 lalu kembali membuat penampilan yang lebih bersemangat dengan lagu popular seperti Nxde, Tomboy, Queencard, dan Oh my god.
Peminat boleh membuat pembelian tiket bermula pada 16 April menerusi Ticket2U.com.my dan harga tiket bermula dari RM294, RM408, RM556, RM670, RM852, dan RM1098.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.