Kembali Popular, Jualan Set Catur Meningkat 250% Di eBay Sebab “The Queen’s Gambit”

Share

“The Queen’s Gambit” menerima pujian dan pilihan penonton Netflix untuk streaming terutamanya di Malaysia.

Tampil dengan jalan cerita kanak-kanak perempuan yatim piatu genius dalam permainan catur. Latar masa tahun 60-an ke awal 70-an, The Queen’s Gambit membawa perjalanan bagaimana Beth Harmon berubah dari seorang budak sekolah berusia 13 tahun yang suram menjadi remaja perempuan yang glamor memasuki arena catur.

Siri ini tidak hanya menampilkan jalan cerita penuh kukuh, cinematografi memukau tapi membuatkan kita teringin menjadi pemain catur seperti gadis ini.

Tapi korang tahu tak, siri Netflix ini banyak memberi kesan positif kepada penontonnya kerana selepas sahaja siri ini di tayangkan, ini 4 kesan yang berlaku di seluruh dunia.

  1. Permintaan set catur meningkat sehingga 250 peratus di eBay.
  2. Carian Google mencatatkan “How To Play Chess” adalah carian paling tinggi sepanjang zaman sejak 9 tahun lalu.
  3. Novel The Queens Gambit sekarang menjadi jualan terlaris di New York Times selepas 37 tahun novel itu diterbitkan.
  4. Angka pemain baharu di chess.com meningkat sebanyak 5 kali ganda.

The Queens Gambit ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang diterbitkan 37 tahun yang lalu. Sehingga kini, siri ini telah ditonton  oleh lebih 62 juta pengguna Netflix di seluruh dunia.

Tapi penulis rasa bagus juga kan, dari remaja kini asyik leka dengan gadget baik main catur ni…berjalan juga otak korang tu…

Kredit: Chess & Life Mastery

Published by
Team Remaja