VIP Malaysia! Korang dah ready ke tu!

Ikon sensasi K-Pop, G-Dragon baru-baru ini memberi kejutan kepada para peminat apabila beliau mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah dunia ‘Übermensch Tour 2025’ bermula Mei ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) turut membuat peminat di Malaysia merasa tidak ketinggalan apabila turut meletakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajahnya.

Bagi peminat tegar pelantun lagu ‘Power’ itu juga, ini merupakan satu penantian yang ditunggu kerana ini merupakan konsert solo pertamanya dalam 8 tahun sejak jelajah ‘Act III: M.O.T.T.E’ pada tahun 2017 yang berjaya menarik 650,000 peminat dari seluruh dunia.

Ads

Kembali Selepas 8 Tahun! G-Dragon Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini! Kembali Selepas 8 Tahun! G-Dragon Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini!

Dalam pada itu, fasa pertama ‘Übermensch Tour 2025’ akan bermula di Tokyo pada 10 dan 11 Mei, seterusnya G-Dragon akan singgah ke beberapa bandar lain seperti Bulacan, Osaka, Macau, Taipei, Jakarta, dan Hong Kong.

Sebelum menjelajah dunia, ketua kepada kumpulan terkenal, BIGBANG itu akan membuka tirai konsert selama dua hari eksklusif di Goyang, Korea Selatan pada 29 dan 30 Mac ini.

Ads

Kembali Selepas 8 Tahun! G-Dragon Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini!

Sementara itu, bagi peminat; VIP Malaysia, konsert ini bakal menghangatkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil pada 19 dan 20 Julai dan buat masa ini maklumat terperinci mengenai butiran pembelian tiket masih belum diumumkan.

Ads

Selain itu, apa yang paling menarik, G-Dragon turut akan menyanyikan beberapa lagu terbaru dari albumnya, termasuk Power, Home Sweet Home, Too Bad, dan Drama.

Apa yang pasti, jelajah ini pasti akan menjadi sebuah fenomena! Dan untuk peminat di Malaysia jangan lepaskan peluang korang kali ini untuk lihat G-Dragon beraksi secara LIVE di Malaysia!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI