Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai buat kali kedua selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Aktor berusia 42 tahun itu, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Selepas prosiding, Farid dilihat tenang dan menerima perpisahan ini dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Tampan Putera Sulung Diana Danielle & Farid Kamil Curi Perhatian -“Muka Macam Nicholas Galitzine”

Ads
Kemelut Rumah Tangga Farid Kamil & Diana Danielle Berakhir, Sah Bercerai Kali Kedua
sumber: Kosmo!

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” tuturnya kepada pemberita.

Sementara itu, aktres berusia 34 tahun itu turut meluahkan perasaan lega apabila urusan mereka akhirnya selesai.

“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik. Paling penting, untuk kebaikan mereka,” katanya.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Dedah Pernah Hidup ‘Homeless’, Tak Mampu Beli Nasi Lemak RM 1

Kemelut Rumah Tangga Farid Kamil & Diana Danielle Berakhir, Sah Bercerai Kali Kedua
Kredit: Kosmo

Terdahulu, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun mereka kembali rujuk selepas 21 hari. Diana kemudiannya memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.

Ads

Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kosmo!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI