Baru sahaja pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahu memulakan pengajiannya di universiti dan kolej, khabarnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baru dan lama ke kampus masing-masing.
Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.
“KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.
“KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat,”
Sementara itu, bagi pelajar-pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.
KPT juga mencadangkan kepada semua IPT untuk menangguhkan semua program atau aktiviti melibatkan perhimpunan di kampus. Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.
Inisiatif ini dibuat bagi mendengar pandangan pelbagai pihak serta kebimbingan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat ekoran peningkatan kes COVID-19 yang berlaku sekarang.
Diharap dengan agar cara ini sedikit sebanyak dapat mengekang wabak pandemik ini daripada terus menular.
Sumber: Astro Awani