Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Sumber: Astro Awani