Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling havoc. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Malah, setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.
Sama seperti tahun lepas, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
Beliau berkata tempoh permohonan ditetapkan bermula esok (4 Feb) hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.
“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
BACA LAGI : KPT Maklum Lebih 500,000 Peminjam Tidak Bayar Semula PTPTN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Bernama