Pada satu minggu yang lalu, 6 April 2021, kempen kesedaran “Save Ralph” telah tular di laman media sosial baru-baru ini dan telah mendapat banyak perhatian daripada warga netizen di YoutubeTwitter dan Instagram. Video animasi berbentuk dokumentari pendek yang dihasilkan oleh The Humane Society of United States yang berdurasi sepanjang 4 minit ini menceritakan tentang seekor arnab bernama “Ralph” yang telah dijadikan sebagai bahan ujikaji produk kosmetik dan kecantikan diseluruh dunia dan ianya menunjukkan nasib hidupnya sebagai seekor arnab yang “bekerja” di makmal ujikaji. Video ini juga menampilkan antara pelakon terkenal seperti Zac Efron, Taika Waititi, Olivia Munn dan ramai lagi.

Kempen Kesedaran Ujian Produk Ke Atas Haiwan “Save Ralph” Menyentuh Hati Semua Netizen..

Kempen Kesedaran Ujian Produk Ke Atas Haiwan “Save Ralph” Menyentuh Hati Semua Netizen..

Apa yang lagi menyentuh hati semua warga netizen adalah apabila video tersebut menampilkan beberapa ekor arnab lain yang juga merupakan watak sampingan didalam video animasi ini. Video ini mengisahkan tentang seekor arnab bernama Ralph yang telah ditemubual tentang pekerjaannya sebagai bahan ujikaji makmal, dan dia menceritakan keperitan hidupnya sebagai seekor arnab yang telah digunakan sebagai bahan ujikaji dimana dia hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga dan melihat menggunakan hanya sebelah mata, dan badannya yang telah melecur kerana dicurah dengan asid kimia, Ralph telah menceritakan kesengsaraannya kerana “pekerjaannya”

Ads

Video kempen kesedaran ini telah mencecah lebih kurang 6 juta views di Youtube dan ianya makin tular di laman media sosial yang lain juga dan ianya telah membuat ramai netizen berasa sayu dan sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan lain diluar sana yang tidak bersalah dan dijadikan sebagai bahan ujikaji makmal.

Kempen Kesedaran Ujian Produk Ke Atas Haiwan “Save Ralph” Menyentuh Hati Semua Netizen..

Ads

Kempen Kesedaran Ujian Produk Ke Atas Haiwan “Save Ralph” Menyentuh Hati Semua Netizen..

Ads

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang diluar sana agar lebih bijak didalam memilih produk kosmetik dan cuba untuk mengelakkan produk yang menjalankan ujian keatas haiwan. Walaupun ratusan dan mungkin juga ribuan kempen kesedaran telah dianjurkan, namun masih ada lagi produk-produk kosmetik diluar sana yang masih menjalankan ujian keatas haiwan. Salah satu cara untuk kita menghentikannya hanyalah dengan berhenti menggunakan atau membeli produk sebegini. Sayangilah haiwan, kerana mereka juga ciptaan Tuhan seperti kita..

Saksikan video penuh disini:

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI