Balenciaga antara nama besar dalam industri fesyen mewah di dunia.
Namun, baru-baru ini label fesyen antarabangsa ini mengejutkan masyarakat dunia apabila kempen terbaru mereka iaitu “Balenciaga Objects” yang seperti ‘tidak kena’. Malah, Balenciaga turut mengeluarkan permohonan maaf mereka secara terbuka selepas melancarkan kempen itu. Menerusi kempen tersebut, Balenciaga didakwa telah mempromosikan pornografi, pedofilia dan kanibalisme yang dianggap tidak sesuai serta mengganggu.
ARTIKEL BERKAITAN : Tanda PROTES, Balenciaga Jenama Fesyen Pertama Tutup Akaun Twitter Lepas Elon Musk Ambil Alih
Dipetik daripada News Week, kempen Balenciaga itu menampilkan seorang kanak-kanak yang memegang beruang teddy yang memakai aksesori perhambaan. Manakala satu lagi gambar menunjukkan beruang teddy yang memakai vest bertali dan choker.
Ramai selebriti seperti Bella Hadid dan Nicole Kidman tampil dalam kempen ini. Bella dikatakan telah memadam kongsiannya sebagai tanda tidak menyokong tindakan Balenciaga tetapi Nicole tetap memuat naik gambarnya.
Malah, setelah beberapa hari kontroversi melanda, terbaru Kim Kardashian membuka mulut.
Melalui laman soaial Twitter, Kim Kardashian berkata, dia sedang menilai semula penglibatannya bersama rumah fesyen mewah Balenciaga, selepas firma berkenaan meminta maaf kerana menampilkan iklan kanak-kanak memegang patung beruang memakai apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik sebagai ikatan seks.
Hmm…apa sebenarnya motif Balenciaga ini?
Sumber : News Week, Twitter
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuan Rumah TAK BOLEH Halau Penyewa Walau Tak Bayar Sewa! Peguam Kongsi Apa Nak Buat
Isu penyewa enggan membayar sewa antara dilema yang sering di hadapi oleh tuan rumah. Kadang boleh jadi isu lebih besar sehingga perlu membuat laporan polis disebabkan kengganan penyewa membuat bayaran termasuk ada yang keras kepala tetap tinggal di rumah tersebut walau sewa tidak dibayar.
Peguam Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari tetuan Baharuddin Ali & Co berkongsi apa yang perlu tuan rumah lakukan untuk mendapatkan sewaan jika penyewa terus enggan membayar. Mungkin ramai tidak sedar tapi tuan rumah tak boleh halau penyewa yang tak bayar sewa tanpa adanya Waran Distres di bawah Seksyen 5(1) Akta Distres 1951 atau mengambil peguam untuk Hantar Notis Tuntutan melalui peguam.
Menurut Mohamad Nasruddin, sebelum ini beliau telah berkongsi mengenai hak-hak yang ada pada penyewa khususnya dalam situasi di mana jika tuan rumah bertindak menghalau penyewa keluar secara paksa.
Secara ringkasnya, tuan tanah tidak boleh:
- Menghalau penyewa secara paksa, kena dapatkan perintah mahkamah dulu.
- Tidak boleh tukar kunci pintu/pagar premis sewa tanpa pengetahuan penyewa.
- Tidak boleh masuk ke premis sewa tanpa kebenaran penyewa terlebih dahulu.
- Tidak boleh menutup premis sewa tanpa perintah mahkamah.
- Tidak boleh sita/rampas barang-barang milik penyewa tanpa perintah mahkamah.
Jika tuan rumah bertindak seperti di atas tanpa perintah mahkamah, tindakan tuan rumah ini boleh dicabar oleh penyewa di mahkamah di bawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 dan mungkin kena bayar gantirugi pula.
Ini boleh dilihat dalam kes Rasha Utara Enterprise & Makami Enterprise v. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) [2017].
MPSP sebagai tuan tanah telah bertindak masuk ke premis sewa dan menyita segala barang-barang milik penyewa-penyewa tanpa perintah mahkamah.
Mahkahmah Tinggi memutuskan bahawa MPSP perlu membayar sebanyak RM 45,000 kepada penyewa-penyewa atas tindakan yang membelakangkan undang-undang tersebut.
Nampak tak betapa ruginya kalau tuan tanah bertindak tanpa mengikut ketetapan undang-undang?
APA YANG TUAN TANAH BOLEH BUAT?
Baik, untuk memudahkan, saya akan terangkan mengikut situasi.
1. Penyewa tak bayar sewa bulanan.
Ini sering terjadi. Penyewa masih gagal untuk jelaskan bayaran sewa yang tertunggak selama berbulan-bulan walaupun dah berkali-kali tuan tanah ingatkan. Jadi, apa tuan tanah boleh buat? Halau terus keluar? Jangan.
Ada dua pilihan:
a. Hantar Notis Tuntutan melalui peguam untuk menuntut penyewa membayar tunggakan sewa. Sekiranya penyewa masih enggan, tindakan saman akan dilakukan terhadap penyewa di mahkamah untuk mendapatkan kembali sewa yang tertunggak.
b. Mohon Waran Distres di bawah Seksyen 5(1) Akta Distres 1951. Waran Distres ini boleh dimohon secara ex-parte (sebelah pihak sahaja).
Dengan adanya Waran Distres ini, tuan tanah boleh sita dan jual barang-barang milik penyewa yang berada dalam premis sewa untuk selesaikan tunggakan sewa maksimum 12 bulan. Dengan syarat, penyewa masih duduk di premis sewa ataupun barang-barang milik penyewa masih ada di premis sewa.
Jadi, jangan main langgar je nak jual barang milik penyewa kalau penyewa tiba-tiba cabut. Kena ikut prosedur. Kalau tak, penyewa boleh saman tuan tanah atas penyitaan barang secara salah. Seperti dalam kes MPSP di atas.
Tapi yang penting, kalau ada tunggakan sewa yang tak lebih 12 bulan, tuan tanah jangan buat senyap. Kena terus keluarkan Notis Tuntutan atau dapatkan Waran Distres untuk tuntut tunggakan sewa tersebut. Kalau tak, tuan tanah mungkin boleh dianggap telah ketepikan haknya untuk kutip sewa tertunggak tu. Hati-hati!
2. Sewaan telah tamat tetapi penyewa masih menghuni di premis sewa
Perjanjian sewa akan tamat dalam masa 3 bulan. Jadi, anda sebagai tuan tanah pun tulislah surat kepada penyewa yang anda tidak berniat untuk sambung sewaan kepada penyewa dan meminta penyewa kosongkan premis di akhir 3 bulan tersebut.
Namun, selepas sewaan berakhir, penyewa masih lagi menghuni di premis sewa. Walaupun status penyewa sudah boleh dianggap sebagai penceroboh (trespass) dan walaupun dalam kontrak sewa dah sebutkan tuan tanah berhak masuk dan tutup/sita barang-barang penyewa, tuan tanah tetap tak boleh buat begitu tanpa perintah mahkamah. Jangan sesekali bertindak dengan membelakangkan undang-undang. Nanti makan diri.
Jadi, apa tuan tanah boleh buat?
a. Dapatkan Writ Pemilikan daripada mahkamah untuk supaya penyewa serahkan milikan kosong kepada tuan tanah. Inilah perintah mahkamah yang dimaksudkan dalam Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik.
Dengan adanya perintah ini, barulah tuan tanah boleh memaksa penyewa untuk keluar daripada premis sewaan.
b. Tuan tanah berhak untuk dapatkan gantirugi ‘double rent’ di bawah Seksyen 28(4)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956 jika penyewa enggan untuk mengosongkan/menyerahkan premis sewa walaupun perjanjian sewaan telah pun tamat.
‘Double rent’ ini bukanlah sebenar sewa semata-mata tetapi sebagai gantirugi kepada tuan tanah atas kesusahan yang dihadapi dan kerugian kehilangan sewa disebabkan oleh keengganan penyewa untuk mengosongkan premis sewa.
Perkara ini dijelaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Rohasassets Sdn Bhd v. Weatherford (M) Sdn Bhd & Anor [2020].
Dengan syarat, tuan tanah perlulah menyatakan dengan jelas bahawa tuan tanah tidak berniat untuk perbaharui kontrak sewa dan perlu nyatakan kepada penyewa bahawa ‘double rent’ akan dicaj selagi mana penyewa masih lagi menghuni premis sewa selepas kontrak tamat.
KEPENTINGAN PERJANJIAN SEWAAN YANG LENGKAP DAN MENYELURUH
Kebanyakan isu-isu yang melibatkan tuan tanah dan penyewa terjadi disebabkan perjanjian sewaan yang terlalu ringkas dan tidak menyeluruh.
Klausa-klausa seperti hak tuan rumah untuk dapatkan pembayaran tunggakan bil api dan air ataupun sewa bulanan, tempoh notis yang perlu diberikan sekiranya ingin perbaharui kontrak sewa dan hak kepada tuan rumah untuk memotong bekalan api dan air jika sewaan ditamatkan, tidak diterangkan atau dijelaskan dalam perjanjian sewa dengan terperinci.
Tidak lupa juga mengenai isu tanggungjawab tuan tanah dan penyewa jika keadaan ‘frustration of contract’ ataupun ‘force majeure’ berlaku contohnya pandemik Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah status kontrak sewa dalam keadaan-keadaan ini begini, seharusnya dimasukkan dalam perjanjian sewa.
Justeru, kedua-dua pihak khususnya tuan tanah perlulah pastikan perjanjian sewa yang dimasuki adalah lengkap dan menyeluruh serta jelas menerangkan tugas dan tanggungjawab pihak-pihak sekiranya apa-apa yang berlaku.
Perlu diingat, undang-undang melibatkan penyewaan di Malaysia lebih melindungi penyewa berbanding tuan tanah. Sebab itu pentingnya perjanjian sewa yang lengkap untuk mengimbangi hak di antara penyewa dan juga tuan tanah.
Semoga bermanfaat.
10 Cawangan 7-Eleven Jual Minuman Tea Live, Berita Baik Buat Peminat Bubble Tea
Bagi penggemar minuman bubble tea, lepas ni korang bolehlah dapatkan minuman Tea Live secara 24 jam di rangkaian 7-Eleven yang terpilih di Lembah Klang.
Tak perlu nak tunggu jam 10 pagi waktu shopping mula beroperasi, korang boleh terus serang kedai 24 jam 7-Eleven kerana menurut Tea Live Asia, tiga minuman eksklusif Tea Live bakal dijual dibebarapa cawangan 7-Eleven.
Antara pilihan minuman yang ada termasuklah:
• Signature Milk Tea with Konjac Jelly – Rm5.50
• Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00
• Superior Coco – RM5.00
Senarai 10 Outlet 7-Eleven yang terpilih:
1. Plaza Berjaya, KL
2. Wisma Bukit Bintang
3. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL
4. Changkat Thambi Dollah
5. KL Sentral
6. Nu Sentral
7. Berjaya Times Square (1st Floor)
8. Berjaya Times Square (LG Floor)
9. Berjaya Times Square Hotel
10. Kenanga Wholesale City
Lepas ni, kalau rasa teringin je boleh terus cari di 7E. Tak kisahlah kalau dah pukul 1 pagi pun. Mudah kan? Hiks!
Suara Misteri Muncul Di Gunung China, Warga Kota Percaya Bunyi Naga Menderam
Di Malaysia kita sering menyaksikan tarian naga ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina diiringi gendang dan tarian. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, naga digambarkan seakan ular gergasi yang panjang, bersisik dan berkaki empat. Naga melambangkan kekuatan, kewibawaan dan mampu membawa tuah khususnya dalam mengawal air, hujan dan banjir malah naga juga simbol kekayaan.
Tidak hairanlah warga China di daerah Guizhou berpusu memanjat bukit di Desa Xiushui sebaik tersebar bunyi misteri dipercayai naga menderam untuk mendengar sendiri kejadian pelik dan misteri ini. Di sebalik rasa teruja itu, mereka bagaimana pun agak menggeletar kerana bimbang naga tersebut “terjaga” dan mungkin ada malapetaka berlaku.
Disebabkan warga kota berpusu-pusu memanjat bukit untuk mendengar gauman naga itu, pihak berkuasa telah membuat sekatan jalan dari warga desa berpusu-pusu mendaki bukit berkenaan.
Berita mempercayai bahawa naga mengderam itu mengakibatkan pasukan penyelidik memasuki bukit berkenaan dan melarang warga kota dari terus mengeruminya. Bunyi pelik dan misteri ini mula tersebar selepas beberapa orang petani mendengar mereka mula mendengar suara aneh pada 20 Jun lalu. Sejak berita itu tersebar, bukit berkenaan terus dikunjungi ramai orang hingga menjadi sesak.
Dalam satu rakaman video menyaksikan penduduk setempat duduk berkumpul di bukit berkenaan dan berteriak “Dia” menderam. “Dia” menderam. Malah video itu juga tersebar luas sehingga masyarakat percaya ia suara naga. Ada juga warga net percaya ia suara harimau. (layari youtube : Sound Of Dragon)
Pakar zoologi percaya ia bunyi suara burung buttonguail
Bagaimana pun di sebalik misteri yang dikecohkan di sana, pakar zoologi percaya suara itu sebenarnya berasal dari sejenis burung kecil yang disebut buttonquail berkaki kuning. Kawanan burung kecil ini kerana ‘menyanyi’ ketika musum mengawan mereka. Nyanyian spesis betina dapat didengari sejauh 100 meter jauhnya.
Pendapat pakar zoologi ini diakui oleh beberapa penduduk desa yang melihat burung-burung itu saat mereka berkicau.
Seorang guru, Liu Fugiong dalam satu temuramah dengan Pear Video berkata, dia mendengar burung-burung itu berdengung dua atau tiga kali berulang setiap enam atau tujuh minit. Suara itu sangat kuat. Saya fikir ia cukup aneh.
“Belasan penduduk desa mengikut suara itu ke lading jagung dan mendapati seekor burung kuning dengan ekor yang sangat pendek,” katanya seperti disiarkan oleh Daily Mail.
Dalam pada itu, Ran Jingcheng ketua pusat perlindungan haiwan liar daerah berkenaan mengatakan warga desa di daerah ini ada mendengar suara yang sama sebelumnya. Tapi mereka tidak terlalu memikirkannya. Terkini pihak polis sudah menahan empat orang warganya kerana menyebarkan desas desus yang mendakwa ia adalah suara naga.