Balenciaga antara nama besar dalam industri fesyen mewah di dunia.
Namun, baru-baru ini label fesyen antarabangsa ini mengejutkan masyarakat dunia apabila kempen terbaru mereka iaitu “Balenciaga Objects” yang seperti ‘tidak kena’. Malah, Balenciaga turut mengeluarkan permohonan maaf mereka secara terbuka selepas melancarkan kempen itu. Menerusi kempen tersebut, Balenciaga didakwa telah mempromosikan pornografi, pedofilia dan kanibalisme yang dianggap tidak sesuai serta mengganggu.
ARTIKEL BERKAITAN : Tanda PROTES, Balenciaga Jenama Fesyen Pertama Tutup Akaun Twitter Lepas Elon Musk Ambil Alih
Dipetik daripada News Week, kempen Balenciaga itu menampilkan seorang kanak-kanak yang memegang beruang teddy yang memakai aksesori perhambaan. Manakala satu lagi gambar menunjukkan beruang teddy yang memakai vest bertali dan choker.
Ramai selebriti seperti Bella Hadid dan Nicole Kidman tampil dalam kempen ini. Bella dikatakan telah memadam kongsiannya sebagai tanda tidak menyokong tindakan Balenciaga tetapi Nicole tetap memuat naik gambarnya.
Malah, setelah beberapa hari kontroversi melanda, terbaru Kim Kardashian membuka mulut.
Melalui laman soaial Twitter, Kim Kardashian berkata, dia sedang menilai semula penglibatannya bersama rumah fesyen mewah Balenciaga, selepas firma berkenaan meminta maaf kerana menampilkan iklan kanak-kanak memegang patung beruang memakai apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik sebagai ikatan seks.
Hmm…apa sebenarnya motif Balenciaga ini?
Sumber : News Week, Twitter
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.