Dalam keadaan Malaysia berdepan cabaran pandemik lebih setahun setengah ini, jelas, ramai rakyat kita yang terus-menerus bergelut dengan isu ekonomi isi rumah masing-masing.
Ya, kerajaan dan beberapa agensi dalam negara lain telah mewujudkan inisiatif bagi membantu rakyat yang memerlukan Malah semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan beberapa lagi bentuk bantuan yang telah diluluskan untuk rakyat.
Namun realitinya, kebanyakan daripada kita masih kabur dengan masa hadapan negara sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini dan adakah kita mampu bertahan hingga sampai waktu itu.
Dengan kepayahan sesetengah golongan yang kehilangan pekerjaan, manakala peniaga kecil pula memperolehi punca pendapatan yang tidak stabil – kadang ada, kadang tiada – dalam diam, ramai terpaksa mengikat perut demi survival hari-hari berikutnya.
Ads
Masih ramai tidak berani atau malu untuk tampil ke hadapan dan meminta bantuan. Kita seharusnya faham keadaan mereka yang memilih untuk mendiamkan diri ini.
Lalu sejak semalam, tanda pagar #KempenBenderaPutih telah galak dikibarkan di sekitar platform media sosial.
Kempen ini mempunyai mesej yang mudah; iaitu meminta orang ramai yang sedang dalam kesusahan untuk menaikkan bendera putih di kediaman mereka bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Ads
Kita sebolehnya tidak lagi mahu mendengar perkhabaran kes bunuh diri kerana rasa tertekan dengan kehidupan berlaku pada setiap hari .
Ia adalah satu perbuatan yang tidak pernah dinormalisasikan dalam sejarah kemasyarakatan di Malaysia and yet, ia seakan sudah menjadi satu ‘tindakan normal’ pada musim pandemik di sini. Setakat ini saja, sudah 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang musim pandemik kali ini.
Ads
REMAJA ingin menyeru agar kita cakna dengan situasi jiran-jiran dan sahabat kita; hulurkan bantuan kepada yang tampil meminta. Sama-sama kita cuba atasi rasa sesak dan kekurangan keperluan mereka.
Tinjauan REMAJA di beberapa grup WhatsApp dan Telegram turut mengajak ahli grup yang memerlukan bantuan agar tidak malu mengibarkan bendera putih dalam bentuk emoji di ruangan chat atau terus memberitahu mengenai situasi sebenar mereka sekarang.
Ingat guys, jangan pernah mengalah. We are all in this together.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lagi khidmat bas percuma telah diperkenalkan di negara kita dan kali ini negeri Melaka pula mengambil langkah sama seperti kerajaan Selangor lakukan sejak beberapa tahun lalu.
Berita tentang pelancaran bas percuma di Melaka ini telah dilakukan pada awal bulan ini yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Berkuatkuasa mulai semalam, bas percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dijangka memberikan manfaat kepada lebih 290 ribu orang penduduk dalam tempih setahun.
Sektor pelancongan terutamanya di kalangan orang muda dna pencong asing dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan bas percuma ini.
Di manakah laluan yang akan digunakan oleh bas percuma Melaka?
Terdapat 3 laluan utama iaitu Melaka Sentral ke Mydin (melalui Simpang Kipmart), Melaka Sentral ke Mydin (melalui Hospital Besar) dan Melaka Sentral ke Pasar Transit. Bas percuma ini beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut pengendali iaitu syarikat di bawah kerajaan Melaka, Panorama Melaka Sdn. Bhd., ia merupakan sebagai salah satu inisiatif dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan khidmat cukup bermanfaat ini.
Jadi buat kamu yang ingin berjalan-jalan di Melaka, gunakanlah peluang menikmati bas percuma ini. Boleh jimat duit!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kawasan Lembah Klang antara lokasi yang terjejas teruk akibat hujan lebat beberapa hari lepas yang menyebabkan banjir di sekitr Selangor dan Kuala Lumpur.
Seperti yang tular sejak semalam, beberapa laluan trafik juga terhalang dan plaza tol ditutup ekoran banjir kilat yang melanda Lembah Klang. Keadaan ini membuatkan orang ramai terkandas dan perlu mencari laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Perkara seperti ini memang tidak dapat dijangka dan ia menyebabkan beberapa perancangan tergendala.
Ini termasuklah perancangan orang ramai untuk ke pawagam berdekata dan menonton filem popular yang sedang ditayangkan iaitu Spider-Man: No Way Home. Seperti yang dijangka, ramai yang sudah menempah tiket untuk menonton pada hujung minggu ini setelah filem tersebut menemui Malaysia sejak awal minggu ini.
Memahami situasi semasa ini, pihak TGV Cinemas mengumumkan bahawa penonton yang telah membeli tiket secara atas talian boleh menerima bayaran semula (refund) dan proses wang dikembalikan akan memakan masa lebih kurang 14 hari. Korang boleh hantarkan maklumat terperinci ke e-mel feedback@tgv.com.my.
Sekiranya lokasi korang terjejas dengan bencana banjir dan tidak dapat keluar rumah, bolehlah lakukan refund yang ditawarkan ini dengan segera ya.
Apa-apa pun, kami doakan agar individu yang terkesan dalam situasi banjir ini sentiasa dilindungi dan semoga air kembali surut. Stay safe everyone!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Another day, another viral challenge. Jika beberapa bulan lalu tular dengan #DeleChallenge yang dimulakan oleh bintang bola sepak Englad, Dele Alli kini muncul pula challenge baru.
Terbaru, penyanyi muda terkenal tanah air, As’ad Mowtah telah mencabar followers di Instagram untuk melakukan #Thumbchallenge.
Menariknya cabaran ini memang nampak sangat mustahil untuk dilakukan. Cuba tengok foto dan video As’ad di bawah.
Menerusi dua posting pertama #thumbchallenge darinya bertarikh 7 Oktober 2018, As’ad di dalam kapsyen fotonya berkata, “Can you do this? New music this 26th October! #percayaasadmotawh 20 days left”
Manakala di dalam, posting kedua As’ad memuat naik video bagaimana dia melakukan #Thumbchallenge. Seriously, kami di team REMAJA tiada seorang pun yang mampu lakukan. Mungkin tulang ibu jari kami ini terlalu tembam untuk lakukan cabaran ini. LOL
Berdasarkan carian hashtag #Thumbchallenge ternyata cukup ramai followers dan peminat As’ad Mowtah yang turut menyahut cabarannya. Memang korang semua sangat unik sekali. REMAJA tabik satu kali. Dan satu psenaan dari REMAJA, kalau rasa tak boleh nak buat jangan paksa diri ya. Nanti tak fasal patah pula ibu jari korang tu.
Kepada As’ad, team REMAJA ucapkan all the best dan selamat maju jaya untuk single akan datang nanti. Mesti single tu gempak gila, kan!
Walaupun bagaimanapun REMAJA dapat pastikan bahawa #Thumbchallenge ini bukanlah dimulakan oleh As’ad Motwah kerana dalam carian hashtag tersebut kami menemui sebuah video seorang pengguna Instagram luar negara, @slimeygrits yang melakukan aksi sama.
Penyanyi versatil, Mimi Fly baru-baru ini meraih pujian warga internet dan peminatnya apabila dilihat berani menerima teguran susulan pelbagai reaksi yang diterima selepas pelancaran...