Dalam keadaan Malaysia berdepan cabaran pandemik lebih setahun setengah ini, jelas, ramai rakyat kita yang terus-menerus bergelut dengan isu ekonomi isi rumah masing-masing.
Ya, kerajaan dan beberapa agensi dalam negara lain telah mewujudkan inisiatif bagi membantu rakyat yang memerlukan Malah semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan beberapa lagi bentuk bantuan yang telah diluluskan untuk rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN : PM Umum Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Selama 3-6 Bulan – REMAJA
Namun realitinya, kebanyakan daripada kita masih kabur dengan masa hadapan negara sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini dan adakah kita mampu bertahan hingga sampai waktu itu.
Dengan kepayahan sesetengah golongan yang kehilangan pekerjaan, manakala peniaga kecil pula memperolehi punca pendapatan yang tidak stabil – kadang ada, kadang tiada – dalam diam, ramai terpaksa mengikat perut demi survival hari-hari berikutnya.
Masih ramai tidak berani atau malu untuk tampil ke hadapan dan meminta bantuan. Kita seharusnya faham keadaan mereka yang memilih untuk mendiamkan diri ini.
Lalu sejak semalam, tanda pagar #KempenBenderaPutih telah galak dikibarkan di sekitar platform media sosial.
Kempen ini mempunyai mesej yang mudah; iaitu meminta orang ramai yang sedang dalam kesusahan untuk menaikkan bendera putih di kediaman mereka bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Kita sebolehnya tidak lagi mahu mendengar perkhabaran kes bunuh diri kerana rasa tertekan dengan kehidupan berlaku pada setiap hari .
Ia adalah satu perbuatan yang tidak pernah dinormalisasikan dalam sejarah kemasyarakatan di Malaysia and yet, ia seakan sudah menjadi satu ‘tindakan normal’ pada musim pandemik di sini. Setakat ini saja, sudah 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang musim pandemik kali ini.
REMAJA ingin menyeru agar kita cakna dengan situasi jiran-jiran dan sahabat kita; hulurkan bantuan kepada yang tampil meminta. Sama-sama kita cuba atasi rasa sesak dan kekurangan keperluan mereka.
Tinjauan REMAJA di beberapa grup WhatsApp dan Telegram turut mengajak ahli grup yang memerlukan bantuan agar tidak malu mengibarkan bendera putih dalam bentuk emoji di ruangan chat atau terus memberitahu mengenai situasi sebenar mereka sekarang.
Ingat guys, jangan pernah mengalah. We are all in this together.