Jika sebelum ini kain tenunan eksklusif bangsa Melayu iaitu songket disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Bangsa Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan atau ‘List of Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO.
ARTIKEL BERKAITAN : UNESCO Iktiraf Songket MALAYSIA Sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’
Baru-baru ini, salah satu watak dalam drama popular dari China iaitu Love Between Fairy and Devil pula berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila Dylan Wang iaitu salah seorang pelakon dalam drama itu menggayakan pakaian yang bercorakkan songket.
Dylan menggunakan busana songket dalam drama arahan Yi Zheng ini dari episod satu lagi. Perkara ini dianggap cukup jarang berlaku kerana drama China kebiasaannya akan menggunakan pakaian yang menunjukkan seni warisan mereka.
Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga kerana busana songket digunakan dalam drama terkenal tersebut sekali gus dapat mempromosikan seni warisan negara kita di persada antarabangsa.
Songket Motif Bunga Tabur?
Orang ramai turut berkata Love Between Fairy And Devil ini sebenarnya bukanlah sebuah drama sejarah China sebaliknya ia merupakan genre xianxia. Atas sebab itu, ia tidak menggunakan pakaian mengikut sejarah asal.
Anda boleh tonton teaser drama ini di bawah. Buat anda yang memang kaki C-Drama, drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yu Shuxin, Dylan Wang, Zhang Linghe, Cristy Guo dan Xu Haiqiao ini masih lagi ongoing dan boleh ditonton di iQIYI.
Wah, sampai drama China pun mengetengahkan warisan songket ini. Tapi, tidak dinafikan memang cantik pun songket bunga tabur ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.