Penyanyi mana saja yang tidak mengidamkan peluang untuk beraksi di pentas sebesar Good Vibes Festival dan berkongsinya dengan penyanyi terkenal tempatan dan antarabangsa.
Begitulah yang dirasai oleh rapper Malaysia berbakat, Bunga yang baru-baru ini diberikan peluang keemasan untuk berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat, David Bowden aka Pink Sweat$.
Kemunculan Bunga pada saat-saat akhir persembahan Pink Sweat$ di acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini telahpun menggembirakan ramai pengunjung yang bersorak bangga. Manakan tidak, pada usia 22 tahun Bunga telahpun terpilih untuk bukan saja beraksi di acara tahunan itu; malah berduet pula dengan penyanyi antarabangsa.
Manis berbaju kurung seperti trademark-nya sejak tular pada tahun 2019, Bunga tidak langsung kekok untuk menyampaikan lagu I Feel Good
. Aksinya yang bersahaja di atas pentas membuatkan sorakan penonton bertambah bingit di Sunway Lagoon, Sabtu lalu.“Alhamdulillah. Terima kasih Pink Sweat$ dan pasukan kerana memberi saya peluang ini. Saya berharap anda terhibur,” catatnya di Instagram sambil dibalas oleh Pink Sweat$ yang berkata, “Soooooo fun. Thank you for coming out on stage with me !!!!”
Terdahulu, Bunga sudahpun mencatat beberapa kejayaan peribadi termasuklah muncul di media antarabangsa Bloomberg dan The New York Times serta menjadi sebahagian daripada penyanyi wanita Malaysia yang dipaparkan pada papan iklan Times Square New York bersempena kempen Equal oleh Spotify.
ARTIKEL BERKAITAN : Bunga Isme Kongsi Kegembiraan Beli Rumah Pada Usia 21 Tahun – REMAJA
Dalam pada itu, tidak sah sekiranya penganjuran acara Good Vibes tidak disertakan momen-momen menarik sewaktu persembahan. Jika pada edisi 2017, sepasang pengunjungnya telahpun bertunang semasa persembahan band rock dari Ireland, Kodaline; bagi edisi kali ini, acara lamaran dilakukan oleh sepasang lagi pengunjung sewaktu Pink Sweat$ menyanyikan lagu hitnya, At My Worst
.Fuh, mesti lelaki itu tidak dapat duduk diam kan sepanjang persembahan Pink SweatS pada malam itu. Hehe..
“Saya tidak percaya ada lamaran dilakukan semasa “At My Worst” di Malaysia.
“Saya gembira mesej cinta dalam muzik saya dirasai seperti ini dan terharu untuk menjadi sebahagian daripada momen ini. Tahniah kepada pasangan tersebut!,” katanya yang juga baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama pasangan, JL Bunny pada 21 Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Semput Ke?” Peminat Khuatir Jackson Wang Tercungap Beberapa Kali Di Atas Pentas – REMAJA
BACA LAGI : “Saya Betul Nak Tanggalkan Jaket..” CL Pun Akui Cuaca Panas Malaysia Di Good Vibes Weekender – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.