Air mata pelakon dan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae tumpah jua ketika meminta berkat dan melambaikan tangan kepada ahli keluarga serta kenalan rapat sejurus berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah buat julung kalinya.
Pada usia 27 tahun, akui Shaza sewaktu ditemui di acara pertunjukan fesyen Kashfi Zulkufli baru-baru ini, dia sekian lama menantikan detik menerima panggilan Ilahi ke sana.
Cuma rezeki itu hanya hadir kepada pemilik nama lengkap Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini pada usia sekarang atas jemputan sebuah agensi yang menawarkan pakej Umrah buatnya dan pengikut di media sosial. Kata orang, rezeki jangan ditolak dan dilengah-lengahkan.
Setelah menyemak jadualnya lapang dari akhir Januari sehingga ke awal Februari ini, Shaza terus bersetuju menerima tawaran tersebut untuk mengukuhkan lagi hubungan rohaninya bersama Yang Esa.
Buat Puan Nadia Rostam yang merupakan ibu Shaza Bae pula, naluri ibunya sudah tentu gembira melihat salah satu impian anaknya itu tercapai.
“Shaza beritahu dia meletakkan ibadah Umrah sebagai salah satu impian bucket list-nya pada tahun 2023 dan Alhamdulillah, Allah makbulkan seawal bulan Januari lagi.
“Jadi, saya berharap agar ini menjadi titik permulaan untuknya lebih tenang dari segi dalaman,” katanya.
Ads
Sang ibu mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya. Satu ketika dahulu dalam satu temubual cover Majalah Remaja edisi Februari 2022, Shaza pernah berkongsikan kepada REMAJA mengenai kegusaran Puan Nadia untuk melepaskannya ke dalam industri seni.
Agak-agaknya, apa pula pandangan Puan Nadia terhadap persepsi tersebut dan apakah perasannya telah berubah setelah melihat anaknya itu kini semakin menyinar selepas lebih tiga tahun meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2019?
“Kalau ditanya apa perasaan saya apabila Shaza kini bergelar anak seni dalam industri hiburan, saya gembira sahaja untuknya.
Ads
“Dulu ya, saya pernah khuatir untuk melepaskannya mengejar cita-cita ini. Saya kalau boleh inginkan dia memiliki kerjaya yang ‘normal’.
“Industri seni ini saya tahu memang sibuk dan mencabar. Kehidupan Shaza sebelum ini pun memang sudah sedia ada mencabar kerana saya membesarkannya sebagai ibu tunggal.
“Jadi bila dia kata hendak sertai Dewi Remaja dahulu, memang ada rasa takut dalam diri saya sebagai seorang ibu kerana saya tidak pasti jika dia boleh menerima cabaran industri.
“Takut-takut waktu solat dia tak tentu dan dia sendiri tiada masa untuk mengejar saham akhirat; sampaikan saya berpesan kepadanya untuk meminta produksi berikannya kelonggaran untuk menunaikan kewajiban solat. Sebelum bersolek, ambil wuduk dan jaga wuduk itu.”
Ads
“Tetapi sekarang saya redha dengan pilihan kerjayanya.”
“Alhamdulillah, saya memang bersyukur sangat melihat dia semakin berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara. Inilah rezeki buatnya.
“Cuma saya selalu berpesan, kena balance lah. Saya memang tidak mahu melihatnya tinggalkan soal akhirat,”ulasnya Puan Nadia.
Mewakili pihak REMAJA, penulis mendoakan agar pemergian dan kepulangan Shaza Bae dari tanah suci dipermudahkan serta diberikan kelancaran. Moga-moga ibadah Shaza dan rakan jemaah lain mendapat barakah daripadaNya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diana Danielle, pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat baru-baru ini turut akui bahawa dirinya dahulu sering tersilap kata ketika ditemubual oleh pihak wartawan.
“Bila tgok balik perjalanan karier saya, cara saya handle kontroversi dan jawab soalan…if saya boleh undur balik masa untuk tangani situasi tersebut dengan cara yang lebih baik, saya akan lakukannya.
“Tapi saya sedar ia adalah suatu perkara dan pengalaman yang harus saya tempohi sendiri untuk belajar daripadanya. Plus, orang takkan ingat apa kita cakap 10 tahun lepas, 20 tahun lepas,” jelasnya ketika ditemui di acara Longines.
Mula berlakon dari usia 9 tahun, pelakon jelita ini turut memohon agar orang ramai memberi peluang dan ruang kepada bakat baharu untuk melakukan kesilapan kerana mereka masih tidak arif tentang selok belok industri sepenuhnya.
“Netizen sepatutnya memberi peluang kepada mereka (bakat baharu) untuk membuat kesilapan dan kemudian belajar dari kesilapan tersebut.
“Beri ruang untuk mereka bina kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri ketika menjawab soalan daripada pihak wartawan,” komennya.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memberi nasihat kepada anak muda yang masih mentah dalam industri hiburan tanah air.
“There are no other way but setiap kali kita buat kesilapan, kita belajar balik dan perbaiki diri menerusi pengalaman tersebut.
“Akauntabiliti adalah penting, bukannya menyalahkan pihak lain atau cuba memanjangkan isu tersebut. Just say sorry dan perbaiki diri sendiri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Instagram Diana Danielle
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada umum terutamanya di media sosial, begitulah tindakan yang diambil oleh pelakon cantik jelita , Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans.
Jika sebelum ini, Che Puan Juliana Evans didakwa sedang hamil anak kedua selepas perhatian peminat tertumpu pada keadaan perutnya yang kelihatan seperti bentuk ‘baby bump’. Namun, beliau tidak memberikan sebarang kenyataan.
Terbaru, tuan punya badan berkongsi sendiri khabar gembira mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua bersama pasangannya Tengku Sulaiman Shah al-Hajj.
“We Are Happy To Announce Our Second One..”
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Juliana menerusi hantaran di Instagram, yang menyatakan bahawa usia kehamilannya kini berada pada trimester kedua, serta meminta orang agar mendoakannya.
“Kami gembira untuk mengumumkan bayi kedua dalam perjalanan dan kami sangat teruja 🥰. Doakan yang baik-baik 💕. #22weekspregnant #secondtrimester. -kongsi Juliana Evans
Dihujani Ucapan Tahniah
Ruangan komen hantaran Juliana Evans turut dihujani dengan iringan doa dan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...