Zaman sekarang boleh dianggap sebagai zaman yang dipelopori oleh influencer.
Selebriti seperti penyanyi dan pelakon bukan lagi satu-satunya golongan yang diikuti oleh remaja. Tetapi ramai yang semakin senang untuk mengikuti golongan influencer kerana menganggap mereka lebih relatable.
REMAJA sempat meluangkan waktu hari ini bersama 2 orang influencer lelaki yang sentiasa mendapat pujian kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan bersih.
Syed Syafiq dan Syameel merupakan antara go-to person yang diikuti oleh lelaki dan perempuan kerana perkongsian rutin penjagaan diri mereka.
Cuma satu persoalan yang timbul, benarkah untuk memiliki kulit cantik memerlukan produk yang mahal?
*
“Ramai juga yang selalu mengikuti bebenang tip kulit yang saya muat naik di Twitter. Dan soalan yang selalu saya dapat adalah sama ada wajib ke beli produk mahal?
“Sebenarnya mahal atau tidak itu adalah hal kedua. Yang penting adalah bermula dengan 4 perkara basic: cleanser, toner, moisturizer dan sunscreen.
Ads
“Satu pantang yang berkesan untuk lelaki yang ingin kulit bersih adalah pemakanan betul, minum air yang cukup dan konsistensi. Jangan lakukannya rutin ini secara on-off,” kongsi Syameel.
Syed Syafiq yang terkenal kerana memiliki kulit bersih untuk seorang lelaki juga bersetuju dan menambah, “Penggunaan jenama sesuatu produk juga perlu konsisten. Jangan mudah beralih kepada jenama lain sebelum kulit korang sempat untuk adjust kepada produk itu.
“Personally. saya rasa tak salah pun untuk mencuba produk penjagaan diri yang mahal. Asalah ia tak memberi sebarang bad reaction terhadap kulit korang, maknanya ia sesuai untuk korang guna.
“Contohnya, saya mencuba serum keluaran Drunk Elephant berharga RM700. Ya ia mahal berbanding serum lain, tetapi ia berkesan. Jadi saya invest terhadap produk yang membantu kulit saya semula.”
Walaupun influencer seperti Syameel dan Syed Syafiq pernah melakukan reviu terhadap produk yang mahal, itu tak bermakna mereka menolak produk drugstore yang mampu milik.
Kata Syameel, “Saya sendiri pernah memakai jenis produk yang sama – bezanya murah dan mahal saja. Dan produk yang murah itu sama efektifnya dengan produk mahal. Jadi mengapa kena berbelanja lebih kalau yang lebih murah sesuai dengan kulit kita.
“Everything goes back to your skin, you should know your skin best.”
“Tapi janganlah kita mudah mengecam orang yang membeli produk mahal. Kita sendiri tahu harga mahal disebabkan kandungan yang sukar didapati. Jika itu yang berkesan untuk seseorang itu, biarlah dia beli.”
Ads
*
Berkenaan soal lelaki yang mementingkan kulit yang cantik ini tidak maskulin atau ‘jantan’, baik Syameel atau Syed Syafiq menolak pandangan sempit itu.
“Biasa je warga Twitter yang mengecam lelaki yang pentingkan penjagaan kulit.
“Tetapi bagi saya, ia bukan hanya disebabkan untuk ‘cantik’ dari luaran. Penjagaan kulit juga mencerminkan sama ada seseorang itu pembersih atau tidak. Walaupun sudah mencuci muka, mungkin ada liang pori yang tersumbat atau clogged dengan kotoran.
“Jadi kata-kata nakal seperti ‘tak jantan’ itu saya tolak ke tepi saja. Saya fokus pada tujuan saya untuk memberi pendedahan kepada pengikut sebaya saya yang ingin memperbaiki kondisi kulit mereka menerusi tip yang boleh saya kongsikan,” simpul Syameel.
Korang setuju dengan pandangan 2 orang influencer ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Inggeris dan pemenang anugerah Grammy, Adelemengesahkan bahawa beliau kini sedang bercinta dengan ejen sukan, Rich Paul.
Memuatnaik fotonya bersama Rich untuk tatapan peminat di instagram. Adele kelihatan anggun mengenakan gaun Schiaparelli hitam yang menampilkan white off-the-shoulder overlay, manakala Rich pula kelihatan tampan mengenakan tuxedo baldu. Dalam perkongsian itu, Adele turut meninggalkan kapsyen ringkas sebuah emoji hati yang menunjukkan dirinya sedang dilamun cinta.
Siapa Rich Paul yang merupakan kekasih baru Adele? Berikut adalah fakta mengenai lelaki yang popular di kalangan peminat bola keranjang ini.
1. Disah Oleh Pengulas ESPN, Brian Windhorst
Hubungan meraka dihidu peminat setelah penyanyi itu dilihat duduk di sebelah ejen LeBron James di final NBA di Phoenix, Amerika Syarikat, Julai 2021. Hubungan cinta mereka juga dibocorkan oleh pengulas ESPN, Brian Windhorst di podcastnya.
“Rich Paul membawa kekasih barunya ke pertandingan dan duduk di sebelah LeBron. Kekasihnya adalah Adele. Rich Paul hadir bersama Adele,” kata Brian seperti dikutip oleh PageSix.
2. Agen Sukan
Seperti yang dipetik dari Forbes, Rich Paul adalah agen sukan dan pengasas dan COO Klutch Sports Group, agensi yang mewakili LeBron James dan pemain bola keranjang NBA yang popular yang lain.
3. Bakal Lancar Memoir
Foto Via Front Office Sport
Rich Paul akan melancarkan memoir menerusi syarikat penerbitan Roc Lit 101 milik Jay-Z. Memoir itu akan mengembangkan kariernya sebagai ejen sukan.
4. 10 orang paling berpengaruh
Rich Paul termasuk dalam senarai 10 orang paling berpengaruh pada tahun 2020 dan berada dalam kedudukan dua orang paling berpengaruh dalam dunia bola keranjang. Kekayaannya menurut Forbes mencapai AS $46 juta.
Itulah beberapa fakta mengenai teman lelaki Adele, Rich Paul. Menurut Page.Six, Adele dan Rich Paul telah menjalinkan hubungan selama beberapa bulan, sebelum tampil bersama menonton bola keranjang pada bulan Julai 2021.
Adele sebelum ini pernah berkahwin dengan Simon Konecki sebelum berpisah pada April 2019, dan bercerai secara rasmi pada Mac 2021. Mereka turut mempunyai seorang anak lelaki, Angelo.
Moga Adele terus bahagia bersama dengan Rich Paul!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, kuih tepung pelita pasti menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Malaysia menjelang Ramadan. Lebih-lebih lagi Tepung Pelita Paya Jaras yang selalu mendapat permintaan tinggi tatkala bulan puasa.
Namun begitu, disebabkan pandemik COVID-19 melanda negara, pengusaha tepung pelita ini telah membuat kenyataan bahawa mereka terpaksa menghentikan penjualan demi kebaikan semua rakyat Malaysia untuk Ramadan tahun ini.
Tapi, korang janganlah sedih kalau tak dapat makan tepung pelita yang dijual di bazar Ramadan. Apa kata tahun ini kita cuba untuk buat sendiri dengan resipi yang telah dikongsi di media sosial oleh golongan-golongan ‘expert‘ ini.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ameera telah pun berkongsi resepi tepung pelita versi bandar yang korang boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu guna daun pisang. Nampak pun macam sedap dan menarik, jom kita try.
Resipi seperti di dalam gambar:
Daun pandan
Masukkan tepung beras
Kemudian..
Kacau sehingga jadi seperti ini
Letakkan sedikit gula
Cara membuat adunan putih diatasnya
Kemudian, masukkan air
Selepas itu..
Sejukkan dan siap!
Kalau buat sendiri boleh makan banyak sikit. Kos pun lebih jimat dan menguntungkan. Selamat mencuba!
Astro kembali dengan siri premium terbaharunya, ‘Project; Exit’, yang bakal ditayangkan pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier dan Astro Citra.
Siri terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd, mengisahkan perjalanan empat remaja yang merancang untuk melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak.
‘Project; Exit’ mengangkat isu sensitif mengenai remaja di pusat pemulihan akhlak, khususnya berkaitan dengan kesihatan mental yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2023, 1 daripada 4 remaja Malaysia bergelut dengan kemurungan, dan 1 daripada 10 pernah mengalami percubaan bunuh diri, dengan majoriti adalah remaja perempuan.
Selain itu, siri ini juga merupakan sebahagian daripada ‘Project Universe’ dan memaparkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh watak-wataknya, yang tetap berpegang kepada harapan meskipun berhadapan dengan trauma.
Idea asal siri ini dicetuskan oleh Zulaikha Zakaria, yang juga merupakan showrunner dan pengarah, meneruskan legasi kejayaan siri-siri sebelum ini seperti ‘Projek: Anchor SPM’ dan ‘Projek: High Council’.
Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Astro turut melaksanakan inisiatif promosi menggunakan teknologi AI, di mana barisan pelakon utama akan mengambil alih platform media sosial rasmi Astro Gempak untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada pengguna. Penonton juga boleh melayari www.gempak.com/project untuk maklumat lanjut tentang siri ini dan bantuan berkaitan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...