Kena Beli Produk Mahal Je? Influencer Kongsi Pantang Lelaki Nak Kulit Cantik

Share

Zaman sekarang boleh dianggap sebagai zaman yang dipelopori oleh influencer.

 

Selebriti seperti penyanyi dan pelakon bukan lagi satu-satunya golongan yang diikuti oleh remaja. Tetapi ramai yang semakin senang untuk mengikuti golongan influencer kerana menganggap mereka lebih relatable.

REMAJA sempat meluangkan waktu hari ini bersama 2 orang influencer lelaki yang sentiasa mendapat pujian kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan bersih.

Syed Syafiq dan Syameel merupakan antara go-to person yang diikuti oleh lelaki dan perempuan kerana perkongsian rutin penjagaan diri mereka.

Cuma satu persoalan yang timbul, benarkah untuk memiliki kulit cantik memerlukan produk yang mahal?

*

“Ramai juga yang selalu mengikuti bebenang tip kulit yang saya muat naik di Twitter. Dan soalan yang selalu saya dapat adalah sama ada wajib ke beli produk mahal?

“Sebenarnya mahal atau tidak itu adalah hal kedua. Yang penting adalah bermula dengan 4 perkara basic: cleanser, toner, moisturizer dan sunscreen.

“Satu pantang yang berkesan untuk lelaki yang ingin kulit bersih adalah pemakanan betul, minum air yang cukup dan konsistensi. Jangan lakukannya rutin ini secara on-off,” kongsi Syameel.

Syed Syafiq yang terkenal kerana memiliki kulit bersih untuk seorang lelaki juga bersetuju dan menambah, “Penggunaan jenama sesuatu produk juga perlu konsisten. Jangan mudah beralih kepada jenama lain sebelum kulit korang sempat untuk adjust kepada produk itu.

Personally. saya rasa tak salah pun untuk mencuba produk penjagaan diri yang mahal. Asalah ia tak memberi sebarang bad reaction terhadap kulit korang, maknanya ia sesuai untuk korang guna.

“Contohnya, saya mencuba serum keluaran Drunk Elephant berharga RM700. Ya ia mahal berbanding serum lain, tetapi ia berkesan. Jadi saya invest terhadap produk yang membantu kulit saya semula.”

 

Walaupun influencer seperti Syameel dan Syed Syafiq pernah melakukan reviu terhadap produk yang mahal, itu tak bermakna mereka menolak produk drugstore yang mampu milik.

Kata Syameel, “Saya sendiri pernah memakai jenis produk yang sama – bezanya murah dan mahal saja. Dan produk yang murah itu sama efektifnya dengan produk mahal. Jadi mengapa kena berbelanja lebih kalau yang lebih murah sesuai dengan kulit kita.

“Everything goes back to your skin, you should know your skin best.”

“Tapi janganlah kita mudah mengecam orang yang membeli produk mahal. Kita sendiri tahu harga mahal disebabkan kandungan yang sukar didapati. Jika itu yang berkesan untuk seseorang itu, biarlah dia beli.”

*

Berkenaan soal lelaki yang mementingkan kulit yang cantik ini tidak maskulin atau ‘jantan’, baik Syameel atau Syed Syafiq menolak pandangan sempit itu.

“Biasa je warga Twitter yang mengecam lelaki yang pentingkan penjagaan kulit.

“Tetapi bagi saya, ia bukan hanya disebabkan untuk ‘cantik’ dari luaran. Penjagaan kulit juga mencerminkan sama ada seseorang itu pembersih atau tidak. Walaupun sudah mencuci muka, mungkin ada liang pori yang tersumbat atau clogged

dengan kotoran.

“Jadi kata-kata nakal seperti ‘tak jantan’ itu saya tolak ke tepi saja. Saya fokus pada tujuan saya untuk memberi pendedahan kepada pengikut sebaya saya yang ingin memperbaiki kondisi kulit mereka menerusi tip yang boleh saya kongsikan,” simpul Syameel.

Korang setuju dengan pandangan 2 orang influencer ini?

Published by
FZ