Kena Berebut Beli Minuman Coca-Cola Lepas Ini Gara-Gara Pelakon Thailand, Win Metawin

Share

Populariti dan pengaruh yang dimiliki oleh pelakon, model dan pempengaruh terkenal Thailand, Win Metawin telah menjadikannya sebagai figura paling layak di Asia Tenggara untuk dilantik sebagai duta rasmi Coca-Cola® bagi rantau ini.

Pengumuman ini dilakukan oleh Coca-Cola® sendiri pada Isnin, 31 Julai 2023 apabila selebriti berusia 24 tahun itu dilantik sempena kempen terbaru Coca-Cola ‘A Recipe for Magic’.

Kempen tersebut bertujuan untuk meraikan momen magikal dan menyeronokkan di antara mereka yang seronok untuk berkumpul serta menikmati hidangan bersama-sama dengan Coca-Cola.

Oleh itu, pelantikan Win Metawin ini diharap dapat menggambarkan imej yang ingin ditampilkan oleh jenama minuman ringan popular itu.

Kongsi Win, “Makanan sentiasa berada di mempunyai tempat yang signifikan di hati saya.”

“Sepanjang zaman kanak-kanak saya, saya ingat lagi terdapat banyak momen menyeronokkan dan peristiwa magikal sesama ahli keluarga saya di meja makan.

“Saat-saat berharga itulah yang amat saya sukakan apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan saya. Makanan sememangnya adalah detik yang ajaib bagi saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang kempen bersama Coca-Cola ini, Win dijangka akan muncul dalam iklan dan pengaktifan sosial baharu bersama jenama itu. Ia bakal diluncurkan di Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Jangan pelik jika korang sukar untuk mendapatkan sebotol Coca-Cola dengan imej Win Metawin selepas ini! Hehe..

ARTIKEL BERKAITAN: KL Ibarat Rumah Kedua Win Metawin, Kembali Datang Selepas 3 Minggu – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ