Ramai yang tak kisah bila kucing datang bermanja dan menjilat tubuh kita. Rasa sayang yang tumpah ke atas makhluk ini membuatkan kita beranggapan, tiada apa yang berbahaya bila kucing menjilat dan sesekali mencakar tubuh kita hingga luka dan calar sedikit.
Seandainya korang antara yang pernah dicakar kucing atau kucing ada menjilat tubuh kita yang kebetulan ada luka di atasnya, sila tahu risiko dan bahaya yang dihadapi ini ya.
Menurut fb Amira Nadia Raup, bagi pencinta kucing, ini risiko perlu tahu andai kita terluka dicakar kucing terhadap kesihatan mata dan penglihatan. Ini perkongsian optometrist , Puan Amira Nadia Raup.
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Menurut beliau lagi, akibat cakaran kucing ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata atau pada asalnya memang tidak rabun.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung. Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Jadi, kalau korang mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika dicakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun. Paling penting dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat, takut nanti boleh akibatkan korang buta pula…huhu
Sumber : FB Amira Nadia Raup