“Kena Cuba Gelato & Rumah Airbnb” Ini 5 Tip Athisha Khan Jika ‘Terbang’ Ke Milan

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Milan; kota yang kaya dengan peninggalan bersejarah, kota fesyen, lubuk makanan dan mempunyai pemandangan indah.

But most of all, Milan ialah destinasi yang akan membuatkan korang jatuh cinta sekali lagi seperti yang berlaku kepada Athisha Khan!

Okay, okay here is a disclaimer. Athisha tidak jatuh cinta dengan jejaka Itali kacak di sana tetapi ‘jatuh cinta’ terhadap kota tersebut.

Sempena Minggu Fesyen Milan Spring Summer 2019 baru-baru ini, Athisha sempat  mengunjungi Milan bagi merasakan vibe kota fesyen kepada jenama terkenal seperti Gucci, Prada, Fendi dan Marni itu.

Ini adalah 5 tip penting yang sempat dikongsikan oleh adik kepada Noor Neelofa ini sekiranya korang merancang untuk ke Milan kelak.

 

01

Tak mudah untuk mencari tempat penginapan di Milan yang selari dengan bajet kita.

Jadi apa kata korang skip those fancy hotels dan beralih kepada penginapan Airbnb seperti yang dilakukan Athisha.

”Rumah penthouse 3-bilik saya teramatlah besar dan saya tidak tahu hendak tidur di bilik yang mana satu.

“Nasib baik saya memilih penginapan Airbnb, saya amat menyukai keselesaan dan lokasinya. Malah saya dapat bayangkan seluruh keluarga saya di sini kerana ia luas.”

 

02

Semasa menghadiri pertunjukan fesyen FILA di Milan, Athisha amat tertarik dengan bagaimana fesyenista di sana gemar memakai aksesori badan.

Pendek kata, more is definitely more! Ia membuatkan Athisha yang sudah terbiasa berpakaian minimal ingin mencuba aksesori seperti topi dan rantai baru.

 

03

Athisha tahu sukar untuk kita mencari makanan Halal di negara Eropah. Tetapi ini adalah 3 makanan yang wajib korang cuba!

Ia termasuklah 2 pencuci mulut enak iaitu Pistachio Cream dan Gelato. Akhir sekali adalah Gnocchi iaitu sejenis pasta yang korang tak selalu jumpa di Malaysia. Lagipun, Itali kan merupakan ‘rumah’ kepada semua jenis pasta. Mesti korang tak menyesal punya.

 

04

Dua barangan yang WAJIB dibawa semasa ke Milan adalah 2 (atau lebih) universal adaptor dan pengecas telefon portable (power bank).

Iyalah..buatnya bateri habis, macam manalah korang nak berhubung dengan pemandu teksi yang tidak tahu berbahasa Inggeris?

 

05

Tak sah melancong jika tidak mengambil sebanyak mungkin foto OOTD dan kenangan.

Antara lokasi wajib bagi Athisha ialah di Duomo di Milano, di kafe-kafe Itali menarik yang menghidangkan pasti, gelato dan keju serta di jalan pesisir di sekitar Milan.

Patutlah foto fesyenista di sana cantik-cantik belaka!

*

Macam menarik je! Ni yang nak kumpul duit untuk ke Milan ni.

 

Published by
FZ