Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung awal pagi tadi telahpun menyaksikan ketibaan 206 buah negara dan pasukan dalam perarakan di sepanjang Sungai Seine dalam bot persiaran pelbagai jenis dan saiz; bergantung kepada saiz sesebuah kontinjen tersebut.
Sekiranya kontinjen Malaysia yang mendapat sokongan padu daripada rakyat di tanah air yang memuat naik hantaran di platform media sosial, lain pula ceritanya dengan kontinjen Israel yang dicemuh ramai pihak baik di lokasi pembukaan mahupun di siaran langsung acara terbabit.
Tular sewaktu siaran langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila pengulas sukan yang bertugas mengemudi siaran langsung acara pembukaan enggan mengumumkan ketibaan Israel sekaligus tidak mengiktiraf kehadiran pasukan itu untuk temasya berkenaan.
Sebaik sahaja kamera menunjukkan ketibaan kontinjen seterusnya iaitu Itali, pengulas sukan berkenaan kembali menjalankan tugasnya bagi mengumumkan ketibaan para atlet dan pegawai seterusnya.
Bukan hanya pengulas tempatan yang bertindak ‘memalau’ Israel, malah kru produksi siaran langsung yang menyediakan visual kepada seluruh penduduk dunia juga dilihat mengalihkan kamera agar tidak merakam ketibaan kontinjen itu. Sebaliknya, kamera diteleng ke bahagian atas bagi menampakkan pemandangan kotaraya Paris.
@radiotelevisyenmalaysia Terbaik team produksi, terus tak tunjuk kontinjen Is#@l! 👏👏👏 #OlimpikRTM2024 #OlympicParis2024 #RoadToGold #DemiMalaysia ♬ original sound – RTM Malaysia Official
Tindakan protes terhadap kontinjen Israel ini berkait rapat dengan sentimen orang ramai terhadap konflik yang tercetus antara Israel dan Palestin serta bagaimana Israel masih meneruskan kekejaman menerusi rejim ketenteraannya terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Dalam pada itu, kontinjen Malaysia segak dan anggun dalam busana rekaan Rizman Ruzaini yang direkan khas untuk acara pembukaan kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.