Di musim wabak Covid-19 semakin menunjukkan kebimbangan berikutan peningkatan kes, sudah tentu semua pihak bersatu hati untuk saling bantu membantu memberi kesedaran kepada masyarakat. Paling utama pastilah mereka yang berada di barisan hadapan iaitu mereka yang bekerja di hospital.

Namun sejak semalam tular apabila seorang jururawat dipanggil pihak atasan kerjanya kerana  didakwa menunjukkan cara cuci tangan yang betul dan apa yang menjadi isu adalah kerana beliau memakai uniform kerja.

Kena Panggil Pihak Atasan Gara-Gara Tunjuk Cara Betul Cuci Tangan Elak Covid-19, DON Pertahan Jururawat

Hal ini mendapat perhatian dari Delegation Of Nurses yang membuat penjelasan panjang lebar mengenai isu ini. Bagi kesatuan jururawat ini, dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.

Baca penjelasan lanjut dari Delegation Of Nurses di fb ini.

Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.

Ads

Mengapa seorang jururawat berpakaian seragam cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul dikenakan tindakan oleh pihak atasan?

Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri?

Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak COVID-19?

Ads

Hal ini sungguh mengecewakan! Kita sebagai jururawat seharusnya tahu bahawa tugas hakiki seorang jururawat bukan hanya terikat di wad dan klinik semata-mata.

Setiap kali diberi peluang, seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil kesempatan untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul.

Adalah dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health. Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar. Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata, dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika.

Ads

Apakah pada masa akan datang, jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan diluar hospital? Apakah jururawat kini tidak lagi boleh memberi pendidikan kesihatan secara bebas?

Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat.

Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik!

Delegasi Jururawat Malaysia
Educate – Promote – Protect

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI