Kenali 3 Jenis Bentuk Kaki Korang Supaya Tak Salah Beli Sport Shoes

Share

Bila sebut pasal kaki, mungkin korang tak sangka manusia ini dilahirkan dengan tiga jenis tapak kaki iaitu normal, flat dan high arch. Ketiga-tiga bentuk kaki ini ada keistimewaan masing-masing tak kira masa berjalan atau pijak.

Tentu kita pernah alami rasa kaki sakit biar pun kasut baru dibeli dan kita beranggapan tersalah beli kasut. Kalau itulah korang pernah lalui, itu sebenarnya kasut yang korang beli itu tak sesuai dengan bentuk tapak kaki korang tu.

REMAJA kongsikan tips dari Erke Malaysia mengenai tiga jenis bentuk kaki supaya tak tersalah beli kasut yang sesuai dengan bentuk kaki tu.

Bentuk kaki ada tiga jenis ya iaitu normal, flat dan high arch.

Penting untuk tahu bentuk kaki terutama kalau nak beli running shoes ya!

Orang yang bentuk kakinya flat, sesuai beli kasut jenis overpronator. Kasut jenis overpronator ini bantu korang untuk berjalan dengan stabil.

Ini last bentuk kaki iaitu high arch. Kotang boleh tengok lengku gan  antara iby jari sampai ke tumit. Kalau ada lengkungan yang besar dan ada sikit je garisan halus tu. Biasanya kaki jenis jalan ke dalam. Kasut yang sesuai dipakai ialah jenis cushioned atau flexible supaya kaki dapat jalan dengan sempurna.

Macam mana nak kenal bentuk kaki sendiri ya? Masukkan kaki ke dalam bekas yang ada air dan kertas di luar ya!

So, kalau dah tahu bentuk kaki bagaimana senanglah time beli kasutkan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros