Jika anda suka menonton program realiti nyanyian Big Stage, tentu anda sudah biasa dengan bakat-bakat muda tanah air yang mencipta fenomena.

Big Stage bukan sekadar pentas untuk menaikkan imej dan populariti penyanyi muda sedia ada. Malah, ia juga merupakan platform untuk mereka yang berani mengejar impian dan menunjukkan bakat masing-masing.

Bukan itu sahaja, Big Stage turut menyaksikan beberapa bekas pesertanya berjaya menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Daripada kurang dikenali menjadi bualan peminat masa kini. Daripada sekadar memiliki 1-2 trek lagu, ada juga alumni Big Stage yang telah bergelar juara pertandingan lagu berprestij di Malaysia! Sekaligus, masing-maisng berjaya mencipta kejayaan luar biasa untuk karier muzik mereka.

Jom kenali empat penyanyi yang merupakan bekas peserta Big Stage musim terdahulu yang menjadi sumber inspirasi kepada para peserta Big Stage Alpha 2025!

 

Nadeera Zaini – Juara Big Stage Musim 5

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Sayang! Eh, sayang siapa? Sayang Nadeera lah!

Siapa tak kenal dengan Nadeera Zaini, penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kelima?

Nadeera terus memikat hati peminat dengan suara dan vokalnya yang unik. Lagu Bukan Lagi Kita yang dicipta oleh Hael Husaini menjadi salah satu lagu hit paling berjaya pada tahun lepas selepas ia menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat dan turut dianugerahkan sebagai lagu kedua terbaik di sebuah pertandingan berprestij, baru-baru ini.

Nadeera terus meletakkan namanya selaku salah seorang bintang baharu dalam industri muzik menerusi lagu-lagu popular termasuk dua lagu raya yang amat disukai ramai berjudul Meriah Lain Macam dan Dam Dim Dum Raya.

BACA#BigStage2023: Kecoh Netizen Malaysia & Indonesia ‘Berperang’ Kerana Kemenangan Nadeera Zaini, Ini Reaksi Murni Waode.

 

Aisha Retno – Pemenang Tempat Ketiga Big Stage Musim 4

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Ads

Penyanyi dan komposer muda berbakat, Aisha Retno merupakan contoh terbaik bagaimana darah seni yang mengalir dalam sebuah institusi kekeluargaan mampu dibawa ke hadapan oleh seorang penerus legasi.

Aisha yang merupakan anak kepada penyanyi Indonesia, Jean Retno Aryani mula menunjukkan minat dan bakat dalam bidang muzik sejak kecil lagi. Terpilih sebagai peserta Big Stage musim keempat, Aisha berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ketiga di belakang juara, Elica Paujin dan naib juara ketika itu, Daniel Chuer.

Pelantun lagu Sutera ini meluaskan lagi repertoire dalam bidang muzik menerusi penciptaan lagu. Baru-baru ini, Aisha telahpun menghadiahkan sebuah nukilan lagu raya untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Raya Nak Ke Mana?

Aisha bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi tetapi juga meniti nama menjadi komposer terkenal pada masa hadapan.

 

Andi Bernadee – Finalis Big Stage Musim 1

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Andi Bernadee membuktikan bagaimana teknologi zaman sekarang boleh membantu seorang anak muda mengejar impian.

Bermula dengan memuat naik video nyanyian di aplikasi Smule, percubaan Andi dalam musim sulung Big Stage membuahkan hasil apabila dia mula dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh.

Walaupun tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 pada waktu itu, anak kelahiran Kota Kinabalu ini tidak menoleh ke belakang dan berjaya mencuri hati peminat menerusi lagu-lagu hit seperti Satu Peluang, Donde, Hello, Shimmy dan Penat.

Ads

Andi juga berjaya mencipta nama dalam dunia pengacaraan dan lakonan; siapa sangka si kacak ini mempunyai sisi comedic timing yang cukup bernas!

Dengan bakat yang ada, Andi terus memberi inspirasi kepada golongan remaja untuk terus berusaha, mencuba dan tidak sesekali berputus asa. Kejayaan pasti akan menyusul!

BACA: Aktif Berstail! 19 Hero Remaja & Dewi Remaja ‘Battle’ Acara Pickleball Bersama Larrie, Memang Havoc

 

Sarah Suhairi – Juara Big Stage Musim 1

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Sarah Suhairi merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia.

Biarpun kecil fizikalnya tetapi aura serta kebolehan Sarah untuk beraksi di pentas berskala besar memang tidak boleh disangkal. Sebagai juara Big Stage musim pertama, Sarah telah menempa nama di hati peminat muzik tanah air menerusi lagu-lagu seperti Pedih, Nyawa & Raga dan Rise & Fall yang menonjolkan bakat vokalnya yang luar biasa.

Selain nyanyian, Sarah juga aktif menghasilkan lagu-lagu yang memikat hati pendengar.  Sarah menunjukkan bahawa dengan semangat dan kesungguhan, sesiapa saja boleh mencapai impian.

 

Ads

Big Stage Alpha 2025 – Boy Group Pertama Astro Bakal Cetus Fenomena!

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Kini, Big Stage muncul semula dengan konsep yang lebih dinamik dan segar.

Big Stage Alpha 2025 mengkhususkan sepenuhnya kepada peserta-peserta lelaki dengan matlamat membentuk sebuah boy group pertama di bawah naungan Astro.

Big Stage Alpha 2025 mempersembahkan 18 peserta lelaki dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia yang akan bersaing selama 8 minggu untuk menjadi bintang baru.

Musim kali ini ini bukan sahaja memfokuskan pada nyanyian tetapi juga memberi peluang kepada para peserta menunjukkan potensi sebagai the next big thing menerusi interaksi dengan peminat, mencipta naratif emosi yang menarik dan membentuk kelompok pengikut setia.

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

 

Kenapa Anda Perlu Tonton Big Stage Alpha 2025?

Big Stage Alpha 2025 adalah peluang terbaik untuk anda menyaksikan bakat-bakat muda dari negara-negara Asia Tenggara disatukan dalam sebuah boy group seperti yang pernah dilakukan di negara powerhouse muzik pop seperti Korea Selatan.

Dengan memetik inspirasi daripada kejayaan bekas-bekas peserta Big Stage yang telah berjaya seperti Nadeera, Aisha, Andi dan Sarah; Big Stage Alpha 2025 secara tidak langsung menyuntik motivasi kepada generasi muda yang ingin mengejar impian mereka dalam dunia hiburan.

Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Daripada zero to hero, inilah peluang untuk melihat bagaimana mereka berkembang dan mencapai impian mereka.

Saksikan Big Stage Alpha 2025 yang bakal mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air bermula 27 April 2025 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan ketinggalan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI