Sistem pemerintahan monarki mutlak hanya diamalkan oleh beberapa negara-negara di seluruh dunia, namun begitu sistem pemerintahan sebuah negara yang memiliki raja atau sultan dilengkapkan dengan kehadiran Perdana Menteri dan juga Jemaah cabinet yang dipilih dari pilihanraya.
Malaysia sebagai contohnya, mengamalkan sistem raja berpelembagaan yang bermaksud Raja adalah merupakan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Antara negara yang masih mengamalkan pemerintahan monarki mutlak adalah negara Brunei Darussalam, Oman dan Swaziland.
Keluarga DiRaja merupakan keluarga yang dihormati oleh rakyat. Sistem pewarisan takhta pula akan jatuh kepada anak sulung lelaki. Putera-putera mahkota ini menjadi tunggak lambang kepada institusi DiRaja.
Putera Al-Hussein bin Abdullah
Diputerakan pada 28 Jun 1994, putera mahkota Jordan ini merupakan anakanda kepada Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania Al-Abdullah. Bakal mewarisi takhta Jordan suatu hari nanti, baginda merupakan anak sulung dari empat beradik. Mendapat pendidikan di Universiti Georgetown, Washington dalam bidang sejarah antarabangsa, baginda merupakan individu termuda mempengerusikan sesi Majlis Keselamatan PBB pada usia 20 tahun.
Ads
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Baginda merupakan anakanda kepada Yang DiPertuan dan Permaisuri Agong Malaysia ketika ini. Diputerakan pada 17 September 1995, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang ini merupakan seorang yang sangat cakna dan prihatin terhadap rakyat setempat.
Kelibat baginda yang tidak kekok menyantuni rakyat jelata membuatkan masyarakat lebih hormat kepadanya. Selain bergelar seorang graduan lulusan Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Tengku Hassanal juga telah menyelesaikan pengajiannya di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2019.
Putera Moulay Hassan
Baru berusia 18 tahun, Putera Mahkota Maghribi ini diputerakan pada 8 Mei 2003. Anakanda kepada Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma ini mula bergiat aktif dengan kerja-kerja diraja sejak tahun 2015 lagi menonjolkan sikap diplomasi semulajadi yang tinggi di dalam dirinya. Baginda bekerja erat dengan ayahandanya dalam memastikan Maghribi kekal sebagai negara yang aman untuk semua orang.
Ads
Dengan kekayaan keluarga DiRaja bernilai US$ 5.7 bilion, putera mahkota Maghribi ini terbang serata dunia menggunakan jet Gulfstream G650 bernilai US$67.4 juta. Menarik tentang dirinya, baginda boleh bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Arab, Perancis, Sepanyol dan Inggeris.
Sheikh Hamdan bin Mohammed Al-Maktoum
Pernah digelar lelaki terkacak di dunia, Putera Mahkota Dubai ini mewarisi takhta putera mahkota selepas kematian kekanda sulungnya. Diputerakan pada 14 November 1982, baginda merupakan anak keempat dari 12 adik beradik. Mendapat pendidikan London School of Economics, baginda juga turut menerima pendidikan ketenteraan dari Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2001. Popular di laman Instagram dengan lebih 11 juta pengikut, baginda selalu berkongsi momen terkini aktiviti yang dilakukan dan juga hobi yang digemari. Pada 15 Mei 2019, baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum.
Ads
Putera Guillaume
Diputerakan pada 11 November 1081, Putera Guillaume atau nama panjangnya Guillaume Jean Joseph Marie diangkat sebagai Putera mahkota Luxembourg apabila ayahandanya menaiki takhta pada tahun 2000. Ketika itu baginda baru berusia 19 tahun. Sama seperti putera mahkota yang lain, baginda mendapat pendidikan ketenteraan di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom.
Bagi pendidikan formal pula baginda memulakan pendidikan tinggi di Universiti Kolej, Furham dan juga Universiti Brunel yang terletak di England. Kemudian dia menyambung pengajian di Institut Albert-le-Grand di Perancis dalam bidang sains politik dan persuratan. Berkahwin pada tahun 2012, baginda dan isteri, Countess Stephanie de Lannoy telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Darah haid dapat memberi penjelasan tentang kesihatan tubuh seseorang berdasarkan warnanya.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan, jika darah haid boleh menentukan seseorang wanita itu sedang hamil atau pun tidak, sudah tentu ia juga bisa menjadi tali pengukur untuk menentukan kesihatan mahupun keadaan dalaman tubuh seseorang.
So, penting untuk wanita memeriksa warna darah yang keluar setiap kali mereka datang bulan sebelum membuang tuala wanita yang telah dipakai kerana dengan cara itu, mereka boleh mengesan masalah-masalah yang mungkin berlaku pada tubuh badan.
Nak tahu ada berapa jenis warna darah haid dan maksudnya sekali? Jom semak 6 warna yang sudah dikenal pasti ini.
1. Merah muda
Anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika sudah berkahwin dan sedang dalam tempoh subur, ini merupakan tanda awal kehamilan.
2. Merah terang
Anda boleh menarik nafas lega sekiranya warna darah haid kelihatan merah terang kerana ia adalah sesuatu yang normal.
Namun, jika darah tersebut masih berwarna merah terang selepas lebih daripada lapan hari, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.
3. Merah gelap
Jika mempunyai kitaran darah haid berwarna merah gelap yang tidak berhenti keluar seperti paip bocor sekitar pada hari kedua dan ketiga, jangan panik.
Situasi ini adalah normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan darah tersebut.
Walau bagaimanapun, jika ia berlarutan sehingga hari keempat dan selanjutnya, kemungkinan rahim anda mempunyai tumor dan segeralah berjumpa dengan doktor.
4. Merah jingga
Jika darah haid berwarna seakan-akan merah jingga dan berbau kuat, mungkin kerana terdapat jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Terus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini.
5. Coklat gelap
Tidak perlu risau kerana situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita itu adalah berbeza. Jika warna haid anda berwarna coklat gelap, ia merupakan proses biasa pada awal dan penghujung kitaran haid.
Lepas ni setiap kali datang haid jangan lupa check setiap perubahan warna yang ada pada darah tersebut. Kalau langsung tak keluar haid pun bahaya juga.
Awas ya, jika bukan kerana hamil, mungkin ada sebab-sebab lain yang perlu anda ketahui. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir 60% daripada kandungan badan manusia terdiri daripada air. Justeru, cara pengambilan air harian merupakan langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih sihat, ceria dan bertenaga.
Sebagai penggemar minuman air mineral, pastinya korang sedar akan kewujudan jenama air mineral mewah; Evian yang sering diminum oleh para selebriti tempatan dan golongan VIP.
Pada harga RM4.50 bagi pembelian sebotol kecil air mineral Evian, ia mungkin kedengaran agak mahal bagi kebanyakan daripada kita. Namun, mahalnya bukan sebarang mahal. Ada beberapa sebab yang membuatkan harga mencecah tiga ke empat kali ganda daripada air mineral biasa.
1. Pengiktirafan dari segi kesihatan dan kesedaran jenama (brand awarness)
Evian tidak lokek untuk melabur bajet yang besar demi pemasaran pengiktirafan kesihatannya di pelbagai kejohanan sukan antarabangsa. Sebagai contoh di kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon, Evian ialah penaja rasmi air yang diminum oleh para atlet dan mereka yang terlibat.
2. Dari Perancis ke Malaysia
Evian berasal dari wilayah tenggara Perancis yang dikenali sebagai Rhone-Alpes. Kos mengedarkan stok air mineral mereka saja sudah menjadi salah satu punca kepada harganya yang lebih mahal kerana perlu meliputi kos pengedaran global dari benua Eropah ke negara-negara di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia.
3. Botol dari bahan mudah dikitar semula
Menurut laman web rasmi mereka, sebotol jenama Evian diperbuat daripada bahan yang dipanggil polyethylene terephthalate (PET) dan ia melalui proses pembuatan yang kompleks. Kosnya juga agak mahal demi menghasilkan botol berkualiti 100% rPET daripada bahan yang mudah dikitar semula.
Proses ini sendiri memerlukan ujian meluas untuk memastikan botol minuman Evian selamat digunakan.
4. Baik untuk tulang, jantung dan mampu menurunkan berat badan
Air mineral Evian terbukti kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium. Kalsium memastikan tulang seseorang kuat, peredaran jantung yang lebih baik dan membantu menurunkan berat badan.
Jadi, tidak hairanlah harganya mahal kerana ia bukan sahaja bertujuan untuk menghilangkan dahaga tetapi juga membantu tubuh korang menjadi lebih sihat.
*
Sekarang barulah kita faham air mineral jenama Evian ini lebih mahal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kebiasaannya, majoriti di antara kita suka memulakan hari-hari dengan aura positif tetapi apabila dah balik dari melakukan kegiatan harian seperti bekerja, balik dari kelas, dan sebagainya. Ramai sebenarnya yang tidak perasan bahawa korang ‘terbawa’ aura tak best atau aura negatif itu ke rumah.
Kalau korang nak tahu, antara faktor utama yang menyebabkan hal itu terjadi adalah disebabkan kepenatan. Boleh jadi juga sebab korang baru kena marah dengan boss ke, tiba-tiba bergaduh dengan kawan ke, hadap kesesakan lalu lintas yang luar biasa dan lain-lain.
Jadi, apa kata korang cuba lakukan tip yang kami nak kongsi ini sebelum jejak pintu rumah…
Beli Makanan atau Minuman Manis
‘Sugar brings happiness’! Dah alang-alang on the way ke rumah kan… Apa kata korang singgah beli dessert atau air yang best! Selain bagi korang energy, ia juga boleh membantu meningkatkan mood korang agar lebih ceria dan gembira.
Luahkan yang Tersimpan Dalam Hati
Rasa geram? Boleh jerit kuat-kuat. Rasa stress? Nak nangis boleh, nak mengomel pun boleh. Tapi pastikan korang jerit, nangis, bebel dan apa sahaja korang nak buat tu, buat dalam kereta atau di mana sahaja tempat yang korang rasa selesa nak buat. Elak tunjuk reaksi atau bawa vibe tak best tu ke rumah sebab secara tidak langsung ia akan mempengaruhi orang tersayang. Kita balik mestilah nak seronok dengan keluarga kan!
Singgah Solat Di Masjid atau Surau
Ini sesuai sangat untuk dipraktikkan oleh orang Islam. Korang bukan sahaja dapat ketenangan selepas singgah solat. Malah, korang juga boleh dapat kesempatan untuk berdoa supaya hati diberikan ketenangan dan mana tahu ia boleh redakan sedikit ‘jiwa kacau’ yang korang alami setelah lakukan aktiviti seharian.
Maafkan Semua Orang Termasuk Diri Sendiri
Apa kata cuba take a time dan maafkan semua orang yang dah lukakan hati korang dan juga jangan lupa maafkan diri sendiri. Mungkin perasaan akan lebih lega lepas korang buat yang satu ni kan?
Selepas ini, bila cuba tip-tip ini, bolehlah korang pergi dan balik ke rumah dengan hati yang lebih tenang. Bukan keluar rumah je mood positif tapi make sure sampai rumah semula tu pun positif!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...