Kematian bintang Kpop terkenal Jonghyun dari kumpulan SHINee dua hari lalu membuatkan peminatnya terus menangis. Terlalu banyak spekulasi timbul termasuk mencari punca kenapa vokalis kacak dan terkenal ini mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan cara sadis iaitu bunuh diri.
Menulis nota terakhir berbunyi “Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
Bunuh diri mungkin cara terakhir manusia mengakhiri hidupnya. Tetapi perbuatan ini dilarang sama sekali dalam ajaran Islam. Sesiapa yang bunuh diri akan dihina di akhirat kelak.
Ada tujuh jenis kemurungan yang boleh membawa seseorang melakukan tindakan nekad dan akhir iaitu bunuh diri. Tetapi ada juga kemurungan yang boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.
Unipolar – Ia dikenali sebagai unipolar kemurungan. Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda yang boleh mempengaruhi keupayaannya seperti bekerja, tidur, makan dan sebagainya. Masalah ini boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.
Bipolar – Bipolar kemurungan merupakan gangguan mood secara berpanjangan kepada pengidapnya. Ia dapat dicirikan dengan rasa gembira keterlaluan, mudah marah, hyperaktif dan lain lagi. Ia menunjukkan bahawa dua episod yang berlainan iaitu berkitar dari semasa ke semasa.
Dysthymia ( Kemurungan Berpanjangan) – Dysthymia merupakan masalah yang kurang serius pengidapnya mengalami secara berpanjangan. Ada kalanya mencecah lebih setahun. Bukan itu sahaja, individu yang mengalami dysthymia juga berkemungkinan mengalami kemurungan unipolar pada masa yang sama.
Dalam kes kematian Jonghyun SHINee, vokalis utama ini khabarnya tidak dapat menerima hakikat di saat dia sudah berusaha sehabis mungkin, tetapi masih ramai netizen yang menyalahkan dirinya dengan pelbagai cercaan.
Merujuk kepada keadaan sebegini, Dr Yusni berkata, satu hakikat yang harus difahami, kemurungan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan bunuh diri. Kecuali jika benar seorang individu itu sudah ada niat untuk melakukannya.
“Dalam kes bunuh diri, ada tiga sebab. Niat bunuh diri ini berbeza dengan kemurungan (yang boleh dirawat) tetapi ada ketikanya jika pesakit gagal mengawalnya, masalah bunuh diri boleh terjadi.
Kedua, “tyring to help”. Biasanya individu yang cuba membunuh diri tidak mengetahui punca mengapa mereka memilih untuk bunuh diri. Mereka cuba meminta pertolongan tetapi buntu dan ia boleh menjadi punca kepada kejadian bunuh diri.
Ketiganya, impulsive. Biasanya individu ini tiada niat tetapi tanpa tak sengaja telah terbunuh. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya, dia cuba mengerat nadi ditangannya dengan niat untuk menarik perhatian tetapi secara tidak sengaja telah terbunuh dengan perbuatannya.
Tetapi hanya bila kita mengetahui niat atau niat itu telah diceritakan kepada rakan rapatnya, barulah kita tahu mengapa seorang individu itu membunuh diri.
Kata Dr Yusni lagi, masalah kemurungan boleh dirawat. Jangan pernah putus asa selain sokongan orang sekeliling boleh menyelamatkan nyawa sendiri.