Kenali Ashley Park, Pelakon Watak Mindy Dalam ‘Emily in Paris’

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Drama bersiri Emily in Paris di platform strim atas talian, Netflix masih menduduki tangga pertama drama paling popular di kalangan penonton Malaysia walaupun setelah sebulan ditayangkan.

Semuanya gara-gara mood & feel drama ini yang mudah diikuti oleh penonton. Ramai juga yang menggemari watak dalam drama tersebut, terutamanya Mindy.

Mindy merupakan pewaris kepada sebuah keluarga berada dari Shanghai. Dia beradai di Paris untuk – well – melarikan diri daripada keluarganya itu dan bekerja di Paris sebagai seorang ‘nanny’.

Mindy menjadi sahabat pertama Emily setelah dia tiba di Paris dan kita semua berharap agar ditemukan dengan sahabat seperti Mindy in real life!

Di sebalik pesona Mindy yang menjadi salah satu watak kegemaran dalam drama Emily in Paris, tidak ramai orang tahu siapakah pelakon berdarah Asia yang membawakan watak tersebut.

Ini adalah 4 info menarik mengenai Ashley Park:

 

01

Seperti yang korang tahu, Ashley membawa watak Mindy Chen dalam musim pertama drama bersiri Emily in Paris, di Netflix.

Namun sebelum ini, Ashley lebih dikenali sebagai seorang pelakon di pentas teater Broadway! Ashley pernah membintangi muzikal Mean Girls sebagai Gretchen Weiners.

 

02

Semasa berlakon untuk produksi Mean Girls itulah, penerbit Emily in Paris, Darren Star menemuinya dan dia berjaya menyakinkan Darren untuk karakter Mindy.

“Dia mempunyai suara yang lunak. Apabila kami memutuskan untuk mengambil Ashley, kami perlu mengubah karakternya agar dia mempunyai peluang untuk menyanyi.”

 

03

Pelakon berusia 29 tahun ini juga perlu melalui temuramah virtual menerusi Zoom untuk bercakap mengenai Paris, fesyen, persahabatan, rahsia di set penggambaran dan mengapa Emily in Paris perlu memiliki musim kedua.

Semua itu dibincangkan oleh mereka sebelum Ashley Park mendapat watak Mindy.

 

04

Bukan hanya penonton saja yang ‘jatuh cinta’ dengan Mindy. Ashley sendiri menyukai wataknya itu.

“Mindy adalah seorang kawan yang hebat. Saya rasa dialah kawan yang saya ingin dalam hidup ini, dan saya juga ingin menjadi kawan sebaiknya untuk kawan-kawan saya. Dia jujur untuk kebaikan Emily.”

*

Jika korang lebih menggemari genre filem dokumentari di Netflix, mungkin korang akan sukakan dokumentari Light Up The Sky yang dibintangi Blackpink ini.

 

Published by
FZ