Tidak sampai seminggu lagi negara kita akan menjalani satu lagi proses pilihan raya bagi menentukan hala tuju masa depan negara. Demam pilihan raya kini bukanlah boleh dirasakan tetapi bahangnya semakin panas. Pelbagai idea kreatif dari parti-parti yang bertanding dipersembahkan dalam bentuk sepanduk, papan tanda, bendera dan juga jelajah bertemu dengan penduduk setempat.

Antara perkara yang paling menarik perhatian ramai pada PRU14 kali ini sudah tentunya calon-calon muda yang bertanding. Sebeum ini Remaja pernah memaparkan 6 calon muda dari pelbagai parti yang menarik perhatian ramai. Pada pilihanraya kali ini juga kita dapat menyaksikan semakin ramai calon-calon muda dipertaruhkan oleh kesemua parti bagi memberikan sebuah wadah dan nafas baru kepimpinan generasi muda.

Kenali Calon Beauty With Brain, Jo-Anna Sue Henley Rampas Yang Bertanding Pada PRU14

Salah seorang calon yang dikatakan paling mendapat perhatian ramai ialah Jo-Anna Henley Rampas, calon daripada Parti Warisan Sabah. Ramai mungkin tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis baru berusia 28 tahun yang diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Warisan Sabah untuk menjadi calon di N11 Kiulu, Sabah.

First of all, Remaja ingin tekankan bahawa Jo-Anna bukanlah sekadar figura yang mempunyai rupa paras yang cantik. She is the definition of beauty with brain! Dengan latar belakang pendidikan dan berkelulusan jurusan undang-undang dari University of London, Jo-Anna memiliki kredibiliti yang tidak perlu dipertikaikan.

Kenali Calon Beauty With Brain, Jo-Anna Sue Henley Rampas Yang Bertanding Pada PRU14

Ads

Gadis berketurunan kacukan Dusun dan British ini juga pernah menjadi Naib Juara Bintang RTM 2009 yang pada ketika itu dimenangi oleh Ernie Zakri. Dan sebelum menyertai program nyayian popular tersebut, Jo-Ann juga pernah diangkat sebagai pemenang Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun yang diadakan pada perayaan Pesta Keamatan) ketika berusia 17 tahun.

Jo Anna dibesarkan oleh keluarganya di Kota Kinabalu, Kiuli dan Patagas. Pendedahannya dalam dunia politik bermula dengan penglibatan bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas yang merupakan bekas ADUN Kiulu. Ibunya juga pernah menjadi calon bagi Parti AKAR pada tahun 1994.

Kenali Calon Beauty With Brain, Jo-Anna Sue Henley Rampas Yang Bertanding Pada PRU14

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: 11 Perkara Do’s & Don’t Yang Korang Kena Tahu Bila Nak Mengundi

Menurut sumber, Jo Anna mula mengenali Parti Warisan Sabah daripada pekerja yang membaiki bumbung rumahnya. Dan dari situ Jo Anna mula berjinak-jinak ke dalam bidang politik sesuai dengan latar bekalangnya yang mempunyai cukup pendidikan dan aspirasi tinggi.

Dilihat sebagai ikon muda yang membawa nafas baru dalam Parti Warisan Sabah, Jo-Anna ingin membawa generasi muda agar bertanggungjawab untuk negeri tercinta, Sabah dan Malaysia secara amnya.

Ads

Kenali Calon Beauty With Brain, Jo-Anna Sue Henley Rampas Yang Bertanding Pada PRU14

Remaja ucapkan selamat maju jaya buat Jo-Anna. Jika ditakdirkan menang pada PRU14, Remaja berharap agar Jo-Anna akan terus menjadi suara generasi muda dan merealisasikan impian pengundi yang memilihnya.

Buat korang semua, Remaja ingin menyeru agar meraikan perbezaan pandangan politik dengan lebih matang. Remaja percaya kira merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang boleh menjadi generasi yang bijak berpolitik.

All the best!

Foto: Jo-Anna Sue Henley Rampas & MySabah.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI