Biasa bila ke pasaraya, kita akan nampak deretan susu sama ada dalam kotak atau botol dari jenama berbeza diletakkan dalam rak dingin bagi mengekalkan kesegarannya. Belek dan telek, ada sebahagian dari kita terus membelinya tanpad sedar setiap susu itu ada maksud berbeza. Sebabnya kita fikir susu baik untuk kesihatan dan juga penuh berkhasiat.
Sebelum korang terus beli susu-susu ini, jom belajar dulu jenis-jenis susu agar tak tersalah beli seperti dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di fbnya.
“Yang awak pergi beli susu ni buat apa?”
Kau orang pernah alami situasi ni tak? Suruh suami beli susu penuh krim, lepas tu susu apa entah dia beli. Lain disuruh, lain dibelinya.
Ha, kau orang kongsikan senarai jenis-jenis susu ni pada suami kau orang. Tak pun pada anak dara kau yang tak kenal susu tu!
Ada pelbagai jenis susu terjual dengan pelbagai jenama. Gambar hiasan
1. Susu Segar (Fresh Milk)
— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Ads
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Krim (Heavy Cream)
— Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.
6. Susu Sejat (Evaporated Milk)
— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
8. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
Ads
10. Krimer (Creamer)
— Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.
Eh jap ada satu lagi!
11. Guli susu (Milkies Marble)
— Guli warna putih susu dan selalunya bersaiz lebih besar dari guli kaca mata kucing. Ini barang langka(rare), jadi kalau ada, jangan guna buat main guli. Simpan baik-baik.
OK, tu je! Semoga bermanfaat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pengumpul Guli Susu
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Generasi muda kini mungkin kurang kenal dengan nama Zang Toi. Namun jika anda seorang peminat fesyen pasti beliau antara personaliti fesyen asal Malaysia yang memberi inspirasi. Dilahirkan pada tahun 1961, pemilik nama penuh Toi See Zang ini dibesarkan di sebuah perkampungan kecil di Kuala Krai, Kelantan sebelum berhijrah ke Kanada pada usia 18 tahun dan seterusnya menimba pendidikan dan membina kerjaya di Amerika Syarikat sehingga kini.
Mendapat pendidikan di Parsons School of Design. Demi menampung kos sara hidupnya ketika itu, beliau bekerja separuh masa dengan pereka-pereka kecil di Soho. Hasil yang diperolehi digunakan untuk membeli barangan seperti mesin jahit dan bahan-bahan lain yang diperlukan sebagai seorang pelajar dalam bidang fesyen. Tidak penat mengejar cita-cita, beliau pernah tidur hanya tiga jam sahaja sehari demi menyeimbangkan waktu kelas dan juga waktu untuk bekerja.
Antara koleksi terkini. Cukup bold dan berani.Koleksi Spring 2020, kalau anda perasan corak pada gaun ini diinspirasikan dari batik Kelantan. Sumber gambar: WWD
Hasil usahanya yang tinggi membuahkan hasil apabila beliau menjadi aperantis kepada Mary Jane Marcasiano dan Ronaldus Shamask. Cukup menimba ilmu dan pengalaman, akhirnya pada tahun 1989 beliau berjaya membuka sebuah studio sendiri yang juga digunakan sebagai bengkel fesyen.
Memetik dalam temubual penulis bersamanya pada tahun 2018, “Saya sangat berterima kasih kepada Anna Wintour, ketika itu saya merupakan pereka fesyen keturunan Asia pertama dia ketengahkan dalam majalah Vogue pada tahun 1990, sekaligus meletakkan nama saya di dalam peta fesyen.”
Sharon Stone menggayakan busana rekaan Datuk Zang Toi
Sejak itu, anak jati Kelantan ini tidak menoleh ke belakang. Beliau menjadi pilihan wanita-wanita elit yang suka akan gaya chic, glamor dan mewah yang diterjemahkan ke dalam busana. Melinda Gates merupakan antara pelanggannya ketika di baru bermula dalam dunia fesyen. Selain itu busananya turut menjadi pilihan selebriti terkenal Hollywood seperti Sharon Stone, Eva Longoria, Ivana Trump, Patti La Belle dan ramai lagi.
Bersama ibu tercinta ketika menerima anugerah dari YDPA
Pada tahun 2013, beliau dianugerahkan Pingat Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia. Untuk berjaya baginya memerlukan satu perkara penting, “Kerja keras merupakan satu perkara penting untuk memiliki perniagaan yang berjaya.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertandingan ratu cantik bukan sekadar pertandingan semata-mata. Sebaliknya, ia mampu merubah kehidupan peserta yang menyertainya apatah lagi jika menjadi juara. Terbaharu, khabar dari Kanada, gadis orang asli dari suku Mushkegowuk Cree First Nations telah berjaya merebut gelaran Miss World Canada.
Emma Morrison, 22, mencipta sejarah dalam pertandingan yang telah dianjurkan sejak tahun 1957 itu. Seiring dengan kemenangannya, dia dimahkotakan oleh Miss World Kanada 2021, Jaime Yvonne. Dia dijangka mewakili Kanada tahun hadapan di Miss World 2023 yang bakal berlangsung di Vietnam
“Adalah satu keistimewaan untuk menjadi wanita Orang Asli pertama yang memegang gelaran Miss World Canada 2022. Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk mewakili Muskegowuk Cree Nation saya bersama-sama dengan yang lain di seluruh Turtle Island mengikut kemampuan saya. Perjalanan saya bermula sekarang,” ujarnya.
Emma bukan sahaja memenangi gelaran Miss World Canada, dia turut memenangi gelaran Beauty with a Purpose (BWAP). Projek BWAP Emma melibatkan inisiatif untuk memperkasakan kembali budaya Orang Aslinya dengan membuat skirt reben tradisional yang mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Projek BWAP yang dilakukannya itu berkait rapat dengan kes penemuan rangka kanak-kanak orang Asli yang telah dipaksa berasimilasi denganbudaya barat di bekas tapak sebuah sekolah lama.
“Selepas 215 kubur yang tidak bertanda ditemui di sekolah berasrama Kamloops, insiden itu memberi inspirasi kepada saya untuk berhubung semula dengan budaya turun temurun. Dan inilah ketika saya mula menjahit skirt reben untuk dipakai sendiri untuk mengingatkan saya untuk berbangga menjadi wanita Orang Asli.
“Ia merupakan perasaan yang saya ingin berkongsi dengan orang lain. Jadi inilah masanya saya mula mencipta skirt reben untuk dipakai oleh wanita Orang Asli lain supaya mereka mempunyai pautan fizikal kepada budaya mereka dan mengingatkan mereka dan rasa punya kuasa, berbangga menjadi wanita Orang Asli”, tulisnya.
Sedikit sejarah mengenai Miss World Canada, setakat ini wakil negara maju itu belum pernah menjuarai pertandingan tersebut. Namun mereka pernah tiga kali bergelar naib juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain peha dan pinggang, bahagian lengan sentiasa menjadi ukuran sebagai pelengkap mood langsing dan seksi.
Bentuk lengan yang gelebeh dan besar bukan sahaja sakit mata memandang tapi kadangnya menyukarkan untuk kita mencari pakaian. Kalau dah berdepan situasi ini, eloklah berbuat sesuatu. Caranya buat 6 gerakan ini setiap hari supaya kita boleh ucap selamat tinggal pada lengan besar berlemak itu.
GERAKAN 1
GERAKAN 2
GERAKAN 3
GERAKAN 4
GERAKAN 5
GERAKAN 6
Selain gerakan ini kenalah juga jaga pemakanan ya supaya lebih berkesan. Selamat mencuba
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten...