Tahukah korang bahawa sebelum satu dunia dan Malaysia dilanda demam gelombang hallyu, artis dan pelakon dari Jepun terlebih dahulu mencipta fenomena mereka?
Kalau tak percaya cubalah tanya abang atau kakak korang adakah mereka kenal dengan nama-nama seperti Sorimachi Takashi, Takenouchi Yutaka dan semestinya Takuya Kimura.
Takuya Kimura yang juga menganggotai grup popular SMAP merupakan antara ikon selebriti dari Jepun yang paling dikenali di seluruh dunia. Drama-drama popularnya menjadi hit di seluruh Asia dan dia diberi gelaran ‘The King of Ratings’.
Selain itu, bukan sahaja menerusi bidang lakonan dan nyanyian nama Takuya Kimura juga sering menjadi sebutan di dalam bidang fesyen dunia. Wajahnya yang memiliki karakter androgynous
sering menghiasa majalah-majalah fesyen dan dia menjadi rebutan pelbagai jenama.Kini dia sudah berusia 45 tahun dan berumahtangga dengan Shizuka Kudo dan dikurniakan dua orang cahayamata perempuan iaitu Kokomui (17 tahun) dan Mitsuki (15 tahun).
Baru-baru ini salah seorang anaknya, Mitsuki atau dikenali dengan nama Koki telah mencuri perhatian ramai pihak. Memiliki wajah yang saling tak tumpahnya dengan ayahnya, Koki telah melakukan debut pertamanya sebagai model apabila muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen tersohor, Elle Japan.
Dalam tempoh tiga hari selepas membuka akauan Instagram, Koki telah mengumpul lebih 66 ribu followers. Dan sehingga kini jumlah follower-nya terus meningkat mencecah lebih 1.3 juta!
BACA: Kenali Ramzan Miah Model Bangladesh Pertama Sertai London Fashion Week
Mengapa ramai yang tertarik dan tertanya-tanya tentang Koki? Pertama kerana dia memiliki wajah yang cukup seiras dengan bapanya, Takuya Kimura. Kedua kerana dia baru sahaja berusia 15 tahun dan memiliki ketinggian 170 cm; ketinggian yang cukup sempurna buat seorang model terutamanya dari Asia.
Kemunculannya di pentas peragaan dan acara fesyen dari jenama terkenal seperti Chanel turut menarik perhatian ramai pemerhati fesyen. Koki juga telah dilantik menjadi duta kepada jenama BVLGARI, sekali gus menjadikannya sebagai duta termuda yang pernah dilantik oleh jenama fesyen terkenal itu.
Wow! Pada usia 15 tahun Koki telah ‘bergelumang’ dengan jenama-jenama high end fashion seperti Chanel dan BVLGARI. Hebat betul anak gadis Takuya Kimura ini.
Disebabkan itulah ramai yang meramalkan Koki bakal menjadi nama besar dalam bidang peragaan dan mungkin juga lakonan pada suatu hari nanti.
Gadis yang fasih dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris dan Perancis ini kini bersekolah di The British School di Tokyo.
Koki juga cukup berbakat dalam bidang muzik dengan kemahirannya dalam alat muzik seperti flute dan piano.
REMAJA meramalkan nama Koki akan terus popular di seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.