Kenali Nama Lain Bagi Garam, KP Kesihatan Ingatkan Rakyat Malaysia Bahaya Perasa Ini

Share

8 March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum budaya dan makanan yang sedap-sedap. Jadi bahan perisa tu memang makanan kita kan. Tak cukup masin? Tambah garam. Tak cukup lagi?? Tambah aje. Sampai satu tahap makanan tu dah tak rasa seperti yang sepatutnya dek sebab letak garam banyak sangat.

Sumber Gambar : Pexels

Bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Antaranya :

  • Kenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
  • Hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok

Garam dalam masakan tu boleh, tapi berpada-pada. Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?

1. Penyakit jantung

Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.

2. Penyakit ginjal

Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.

Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.

Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.

Sumber : Pexels

3. Osteoporosis

Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.

Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.

4. Kanser

Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.

5. Hipernatremia

Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.

Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.

6. Gangguan saraf

Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.

Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.

Untuk info, dengan tema ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia berlangsung dari 8 hingga 14 Mac.

Sumber : Astro Awani, Mstar

Published by
Nana