Landskap politik di seluruh dunia telah berubah, termasuklah di Malaysia.
Sebentar tadi, calon bebas berusia 22 tahun telah diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Batu di Kuala Lumpur.
P.Prabakaran menerusi portal Astro Awani dilaporkaN menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Dominic Lau dengan majoriti 24,438 undian. Satu jumlah yang besar memandangkan dia masih muda.
Walaupun kami di REMAJA gembira apabila seorang wakil anak muda diberikan mandat untuk menyertai Parlimen, ramai yang masih tertanya-tanya siapakan sebenar Prabakaran.
Ini dia 7 perkara menarik mengenai Yang Berhormat muda ini.
01
Sebelum mendapat sokongan Pakatan Harapan, Prabakaran hanya fokus kepada kempen di media digital dan memuat naik 3 video di laman Facebook-nya.
Ads
02
Prabakaran merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
03
Antara inti pati manifestonya adalah bagi mewakili suara belia dan anak muda di peringkat Parlimen dan meningkatkan kemasukan lebih ramai golongan belia dalam arena politik.
Katanya, “Dalam Parlimen kebanyakan ahlinya sudah berusia 50 tahun ke atas. Kita sebagai belia perlu terlibat sama.”
Ads
04
Kemenangan ini juga bermakna dia telah memecahkan rekod Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ahli MP termuda pada usia 22 tahun! Datuk Seri memenangi kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1976. Ketika itu, beliau berusia 23 tahun.
05
Mesra dengan panggilan Praba, dia mengakui golongan remaja kini terdedah kepada terlalu banyak isu sosial. Disebabkan itu, Prabakaran ingin menyusulkan agar had kelayakan umur pengundi dapat diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun agar lebih ramai remaja yang kisah tentang masa depan negara.
Ads
06
Pada malam Isnin lalu sebelum bertolak ke Langkawi, Tun Dr. Mahathir sendiri sempat untuk berswafoto dengan Prabakaran semasa menyampaikan ceramah di Taman Keramat.
Kata beliau, “Inilah calon muda kita.” Menariknya, Tun M merupakan calon tertua bagi Pilihan Raya Umum kali ini manakala P.Prabakaran yang termuda.
07
Sebagaimana kebanyakan ahli politik lain, Prabakaran rapat dengan ibu dan ayahnya. Sebelum bertanding, dia sempat untuk memuat naik sebuah video bertajuk, “Blessings From Elders”.
Tahniah Prabakaran & selamat menjalankan tugas!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidayah boleh datang bila-bila, dimana saja dan kepada sesiap saja, tak terkecuali bagi sebilangan selebriti. Kehidupan para selebriti yang terkenal dengan kemewahan dan pergaulan bebas membuat mereka merasakan hal yang negatif.
Di sebalik kehidupan selebriti dalam dunia hiburan, ada daripada mereka yang memilih untuk berhijrah kerana panggilan hati. Sejak akhir-akhir ini, ramai sudah mula perasan mengenai penampilan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang kelihatan lebih sopan.
Terbaru menerusi laman Instagram Neelofa meminta semua mendoakan perjalanan baharunya ini.
Dalam pada itu, ramai peminatnya yang menyambut baik penampilan Dewi Remaja 2009/10 itu berkongsi fotonya mengenakan purdah.
Namun, Neelofa bukan la yang pertama, ini 3 selebriti lain yang memilih untuk mengubah penampilannya dengan mengenakan purdah dan meninggalkan gemerlapnya dunia selebriti demi mendalami ilmu agama. Alhamdulillah tinjuan penulis dilaman instagram mendapati mereka ini masih istiqomah dengan imej berpurdah ini.
1. FYNN JAMAL
.
Fynn Jamal turut mengambil langkah untuk tampil berniqab dengan sepenuhnya. Ibu kepada dua cahaya mata ini sering menyelit kata-kata suci dan motivasi di majoriti gambar-gambar yang dikongsi olehnya di laman sosial. Alhamdulillah beliau masih istiqomah sehingga ke waktu ini.
2. Waheeda
.
Waheeda yang sebelum ini mencetuskan fenomena dengan lagunya yang paling popular, Wassini berentak Timur Tengah di dalam industri. Sebaik sahaja jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 41, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor pada 6 Ogos 2009, Waheeda yang terus mengambil keputusan meninggalkan gelanggang seni terus menyarung niqab.
3. Farra
Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Alhamdulillah…cantik Neelofa berniqab bagaikan bidadari dari syurga.
Moga dengan penghijrahan mereka ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat. 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah lebih 3 jam rakyat Malaysia bersorak meraikan kemenangan kostum nasional terbaik di acara Miss Universe 2019, satu pengumuman di Twitter oleh pihak penganjur terus meranapkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan.
Menurut ciapan di akaun @MissUniverse, mereka berkata bahawa hos acara Steve Harvey sememangnya menyebut nama pemenang Kostum Nasional Terbaik yang betul iaitu Gazini Ganados dari Filipina.
Namun entah bagaimana, pihak penganjur yang menyiapkan wakil Malaysia, Shweta Sekhon di bahagian tepi pentas untuk ditemu ramah bersama kostumnya.
Jadi siapa yang menang ni sebenarnya, keliru!
Semasa pengumuman secara langsung, Steve telah membaca pemenangnya, Miss Philippines dengan betul. Malah skrin di belakang juga menunjukkan foto Gazini dalam kostumnya yang diilhamkan daripada burung helang.
Persoalannya, mengapa pihak penganjur mengelirukan berjuta-juta orang yang menonton di seluruh dunia dengan membawa masuk Miss Malaysia dan kostumnya? Malah Steve juga bertanyakan konsep kostum tersebut, seolah-olah Shweta sememangnya adalah pemenang rasmi.
Ada yang memberi pandangan bahawa Shweta adalah wakil kedua terbaik dalam kategori Kostum Nasional. Oleh sebab Gazini masih berada di atas pentas setelah terpilih dalam kedudukan Top 20, Gazini tidak sempat untuk menukar pakaiannya kepada kostum tersebut. Lantas, Shweta disiapkan bagi sesi temuramah.
Cuma, kami terfikir. Sekiranya Gazini yang memenanginya, mengapa pihak penganjur tidak menayangkan sahaja klip Gazini di skrin tanpa perlu menemu ramah sesiapa?
Mengapa Shweta pula dijadikan sebagai wakil pemenang sekiranya benar Gazini adalah pemenang Kostum Terbaik?
*
Dalam pada itu, tinjauan penulis di laman Twitter Miss Universe melihat penganjur telahpun memadamkan tweet ucapan tahniah terhadap Malaysia setelah diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut. Sudah silap, semudah itu saja korang betulkan keadaan?
Serius, insiden ini amat mengecewakan bukan saja peminat pertandingan ratu cantik di Malaysia, malah di Filipina dan serata dunia.
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...