Foto: Cardio Metabolic Institute

Siapa kata serangan jantung hanya akan menyerang golongan warga emas? Kalau korang masih beranggapan seperti ini, ia sebenarnya adalah memang benar-benar silap.

Serangan jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah penyakit ini juga boleh menyerang golongan muda. Jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga tidak terkecuali terkena serangan jantung ini.

Kenali Perbezaan Jantung Terhenti & Serangan Jantung, Tindakan Pantas Boleh Selamatkan Nyawa
Foto: Michel E

Ramai pesakit yang tidak menyangka mereka mempunyai masalah jantung dan apabila berlakunya simptom-simptom sakit jantung, rata-ratanya tidak peka, lalu membawa padah kepada diri sendiri.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Serangan Jantung Walaupun Masih Muda & Aktif Bersukan

Ads

Ada dua perkara yang perlu korang tahu, fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack) kerana tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa.

Berikut adalah perbezaan serangan-serangan tersebut:

Ads

Jantung terhenti (sudden cardiac arrest)

  • Gangguan sistem elektrik jantung
  • Tidak mempunyai tanda amaran
  • Jantung tiba-tiba berhenti berdenyut dan tiada darah dipam ke seluruh badan
  • Pesakit tiada mempunyai denyutan nadi

Serangan jantung (heart attack)

  • Gangguan aliran darah
  • Mempunyai gejala awal
  • Bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersekat tetapi jantung masih berdenyut
  • Pesakit mempunyai denyutan nadi melainkan kes serangan jantung menyebabkan jantung terhenti
Kenali Perbezaan Jantung Terhenti & Serangan Jantung, Tindakan Pantas Boleh Selamatkan Nyawa
Foto: Deccan Herald

Apakah tindakan pantas yang korang boleh buat?

  1. Hubungi segera 999

2. Mulakan CPR tekanan dada pada kadar 100-120 tekanan seminit

Ads

3. Gunakan perenjat denyutan (AED) jika ada

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peluang untuk hidup lebih tinggi jika lebih ramai tahu apa yang perlu dilakukan apabila terdapat seseorang mengalami jantung terhenti.

Sekiranya berlaku tanda-tanda ini, jangan ambil remeh dan ambil tindakan pantas okay?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI