Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi golongan muda yang menjadikannya sebagai inspirasi.
Sebagai figura muda yang mencipta sejarah dalam dunia politik negara, segala perkembangan tentang dirinya pasti mencuri perhatian.
Tapi korang tahu tak? Selain aktif dalam politik, Syed Saddiq sebenarnya ada latar belakang akademik yang menarik dan merupakan seorang pendebat hebat di peringkat antarabangsa! Jom kita kenali lebih lanjut tentang perjalanan hebat beliau.
Dilahirkan 32 tahun yang lalu di Pulai, Johor Bahru, Syed Saddiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru, sebelum menyambung pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College.
Menariknya, perjalanan akademik Syed Saddiq tak berhenti di situ! Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kemudian menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Bukan itu saja, beliau juga pernah mengikuti program Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service di Universiti Nasional Singapura!
Ads
Kehebatan Dalam Dunia Perdebatan
Kalau korang pernah dengar tentang kejayaan Malaysia dalam dunia perdebatan, nama Syed Saddiq pasti tersenarai sebagai antara bintang yang bersinar! Semasa di UIAM, beliau terkenal sebagai seorang pendebat yang lantang bersuara dan berani menyampaikan hujah dengan penuh keyakinan.
Antara pencapaian terbaiknya adalah apabila beliau dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Asia selepas mewakili UIAM dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC). Tak cukup dengan itu, beliau juga pernah merangkul gelaran Pendebat Terbaik (ESL) di Kejohanan Debat Australia, Cambridge dan Oxford Inter-Varsities pada tahun 2012 hingga 2014.
Kemuncak kejayaannya? Syed Saddiq pernah dinobatkan sebagai Asia’s Best Speaker dalam Kejohanan Debat Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship. Memang power habis!
Dengan segala pencapaian luar biasa ini, jelas menunjukkan bahawa Syed Saddiq bukan sahaja hebat dalam politik, tetapi juga seorang ikon akademik dan perdebatan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Syed Saddiq
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Singapura meluluskan beberapa siri pindaan kepada Akta Imigresen, termasuk pelepasan biometrik terhadap penumpang di Lapangan Terbang Changi, pada Isnin, 18 September.
Ini bermakna penumpang tidak perlu lagi menunjukkan pasport, tiket dan pas masuk mereka apabila melalui lapangan terbang dan beberapa pusat pemeriksaannya.
Channel News Asia turut melaporkan bahawa sistem baharu itu akan berkuat kuasa pada permulaan tahun 2024.
Sebaliknya, Lapangan Terbang Changi akan memperkenalkan pelepasan imigresen automatik hanya menggunakan data biometrik. Fuiyoooo….
Biometrik merujuk kepada teknologi automatik untuk mengesahkan dan mengesahkan ciri-ciri badan manusia. Ini boleh termasuk cap jari, retina mata dan iris, corak suara, corak muka dan ukuran tangan.
Lapangan Terbang Changi, dan banyak lapangan terbang di seluruh dunia, telah pun menggunakan teknologi biometrik, bersama-sama dengan perisian pengecaman muka, di lorong automatik di pusat pemeriksaan imigresen.
“Singapura akan menjadi salah satu daripada beberapa negara pertama di dunia yang memperkenalkan pelepasan imigresen automatik tanpa pasport,” kata Menteri Komunikasi Josephine Teo
Menteri Komunikasi Josephine Teo mengumumkan beberapa perubahan kepada Akta Imigresen Singapura semasa sidang parlimen.
CNN memetik menteri berkata prosedur baharu itu akan “mengurangkan keperluan penumpang untuk mengemukakan dokumen perjalanan mereka berulang kali di titik sentuh dan membolehkan pemprosesan yang lebih lancar dan mudah.”
“Bagaimanapun, anda masih memerlukan pasport anda untuk negara di luar Singapura,” tegas beliau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang termasuk budak kecil pun tahu, judi itu haram disisi islam. Tetapi sejauh mana penghayatannya?
Kita biasa nampak yang menikam ekor itu sebagai kaki judi dan yang ke kasino itu juga bermain judi. Tetapi adakah kita tahu, sejak kecil kita telah didedahkan dengan permainan yang berunsur judi?
Jika zaman kanak-kanak penulis dulu games ‘tikam-tikam’ sangat popular. Ada yang hadiahnya duit dan ada yang hadiah barang permainan dan macam-macam lagi. Tetapi nampaknya sekarang, tikam-tikam tidak lagi dijual dikedai-kedai runcit seperti dulu. Namun, mainan berunsur judi tetap diterapkan dalam masyarakat.
Sedar atau tidak sebenarnya konsep perjudian untuk kanak-kanak masih lagi berluasa, terutamanya dalam permainan mesin ‘claw’.
Baru-baru ini, mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) berkongsi info dan pencerahan tentang permainan mesin patung kanan-kanak ini.
Fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak-kanak
1. Mesin permainan kanak-kanak (K* **N) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.
2. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
3. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.
4. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
-TAMAT-
(Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.)
Untuk info mesin claw merupakan sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi dalam memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut. Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjudian yang diharamkan oleh syariat agama Islam. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Di zaman berteknologi canggih kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk media termasuk video porno. Korang jangan terkejut tau sekiranya rakan terdekat mahupun ahli keluarga turut tergolong dalam kumpulan ‘penagih’ pornografi! Haiyooo….
Disebabkan ketagihan mereka terhadap pornografi, remaja di Malaysia telah dilaporkan berisiko tinggi untuk mengalami gejala seks bebas dan jangkitan seksual.
Kajian akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati bahawa 75% remaja di negara ini telah menonton media lucah.
Majoriti mereka yang terlibat adalah remaja lelaki yang ditemui seawal sekolah menengah, menurut Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM.
Fakta menunjukkan bahawa anak-anak muda yang dikesan melakukan kelakuan tidak bermoral apabila diberi akses kepada internet di rumah adalah lebih membimbangkan.
“Menonton pornogarafi ini menyebabkan sebahagian daripada remaja kita mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti human immunodeficiency virus (HIV) dan siflis.
“Ia terjadi apabila tiada pemantauan dari ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan tiada di rumah,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Menurut Dr Noor Azimah, pelajar yang menonton video lucah akan lebih kerap melakukan hubungan seks bebas sebaik sahaja mengorak langkah ke pusat pengajian tinggi.
“Terdapat situasi di mana seorang pelajar lelaki mengatakan bahawa dia menonton lebih 200 video lucah setiap hari untuk memenuhi keperluan seksnya. Pelajar itu kemudiannya terdedah kepada onani dan akhirnya mula melakukan hubungan seks bebas ketika berada di kolej,” jelasnya lagi.
Laporan turut menunjukkan bahawa majoriti remaja ini melakukan hubungan tidak selamat tanpa menggunakan kondom atau bentuk kontraseptif lain, dan akhirnya golongan muda yang sama juga menyumbang 40% kepada diagnosis HIV baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Berita Harian, Fami Safe
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...