
Bagi peminat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini korang patut ambil peluang keemasan untuk menyelami perjalanan seni penyanyi nombor satu negara sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.
Melalui kempen dan pameran khas ‘Budaya Raya’ yang dianjurkan Pavilion Kuala Lumpur mempersembahkan koleksi peribadi Siti Nurhaliza, termasuk pakaian yang pernah digayakan semasa beberapa acara konsert serta deretan trofi kejayaan dalam dan luar negara.
Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti, sebanyak 20 koleksi pakaian yang pernah dipakainya sejak awal pembabitan dalam dunia seni dipamerkan untuk tatapan peminat.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat pelbagai trofi anugerah yang pernah diraihnya seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.
“Saya ada impian nak buka galeri sendiri suatu hari nanti, tapi belum jumpa lokasi yang sesuai. Jadi, mungkin ini langkah pertama saya untuk berkongsi kenangan dengan peminat,” katanya.
Dalam pada itu, Tokti juga menganggap bahawa pameran ‘Budaya Raya’ ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada 30 tahun perjalanan beliau sebagai anak seni dalam industri hiburan tanah air.

View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Pihak Pavilion KL memberi penghormatan kepada saya dengan mengadakan pameran barangan kenangan saya seperti trofi, pakaian, poster dan plaque selama 30 tahun dalam industri muzik,” katanya.
Sementara itu, bersempena Ramadan ini, beliau bakal melancarkan lagu raya terbaru dan mengharapkan sokongan terhadap lagu berjudul Tak Balik Raya yang dibawakan oleh anak saudaranya, Umairah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.