Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor

Share

 

70 peserta ratu cantik, hanya seorang saja yang boleh dinobatkan.

Tugasan yang ternyata bukan mudah dipikul oleh wakil Malaysia, Melisha Lin pada hujung minggu lalu sewaktu pentas akhir Miss Supranational 2022 yang berlangsung di Poland. Begitupun, gadis kacukan tinggi lampai ini tidak mudah berputus asa dah akhirnya diiktiraf sebagai salah seorang peserta dalam kelompok 24 wakil terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN : Melisha Lin Dimahkotakan Tiara Miss Supranational Malaysia Bernilai USD1.5 Juta! – REMAJA

Foto : Instagram Melisha Lin (Felix In)

Pada acara tersebut, nama Malaysia dilaung megah oleh pengacara dan ia disambut dengan sorakan riang oleh pencinta dunia ratu cantik di tanah air.

Begitupun, di sebalik senyuman para peserta, gaun malam elegan dan pentas glamor Supranational, Melisha mengaku bukanlah mudah untuknya membawa nama Malaysia di atas bahunya.

Melisha bersama-sama wakil Vietnam. Foto : Instagram Melisha Lin (Seweryn Cieślik)

“Kepayahan yang perlu dilalui oleh setiap wakil untuk memberikan yang terbaik buat negara masing-masing adalah sesuatu yang tidak semestinya disaksikan oleh semua orang.

“(Pertandingan ratu cantik) bukan sekadar tentang ‘glitz and glam’. Ia adalah tentang usaha yang dilakukan anda untuk kembali bangun walaupun penat, menampal kaki anda dengan pembalut kerana ia berdarah dan terasa sakit. Ia ada satu pekerjaan yang memerlukan anda lakukan yang terbaik,” ulasnya menerusi hantaran terbaru di Instagram.

Biarpun diuji secara fizikal dan mental sejak hari-hari persediaan ke Poland sehinggalah saat berada di pentas akhir Miss Supranational 2022, Melisha terus perkukuhkan jiwa kerana baginya, pertandingan ini lebih daripada sekadar keinginan untuk menang.

“Kita berjaya mendapatkan (kedudukan) Top 24. Terima kasih banyak-banyak kepada semua peminat ratu cantik di Malaysia dan di seluruh dunia. Terima kasih kerana mengundi untuk saya dan atas sokongan anda.”

“If it is heart work, it is not hard work.”

“Itu adalah sesuatu yang saya dapat saksikan pada wakil-wakil di sini. Moga-moga ‘sisterhood’ yang terjalin ini akan kekal,” simpulnya.

Foto : Instagram Melisha Lin (Felix In)

Pada 15 Julai lalu, wakil Afrika Selatan iaitu Lalela Mswane telah dinobatkan sebagai Miss Supranational 2022 setelah mengenepikan 4 lagi saingan sengit. Mereka terdiri daripada Praewwanich Ruangthong dari Thailand (Naib Juara), Nguyễn Huỳnh Kim Duyên dari Vietnam (Tempat Ketiga), Adinda Cresheilla dari Indonesia (Tempat Keempat) dan Ismelys Velasquez (Tempat Kelima).

ARTIKEL BERKAITAN : Biarpun Kecundang Di Pentas Miss Universe, Lalela Mswane Dinobat Sebagai Miss Supranational 2022 – REMAJA

Ia sekaligus menyaksikan Afrika mengekalkan mahkota tersebut menjadi milik mereka setelah juara terdahulu, Chanique Rabe dari Namibia juga berasal dari benua sama.

ARTIKEL BERKAITAN : Chanique Rabe Juga Pilih Subang Bintang Jadi ‘Lucky Charm’ Seperti 4 Jelitawan Ini – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ