Kaya dan miskin adalah ujian dari Allah untuk menguji ketakwaan hati makhluknya. Jika kita dilahirkan sebagai orang kaya, jangan sesekali menghina orang miskin kerana kaya itu ujian dan agar kita tidak mudah lupa diri.

Kalau miskin pun jangan rasa hina. Usaha dan doalah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan pemberi rezeki. Baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang soal membantu orang lain di kala orang itu dalam kesusahan seperti ditulis di FBnya.

Baca perkongsiannya.

Ads

Sebak, balik sekolah bawa anak-anak nak beli air dalam petronas. Dekat-dekat Maghrib dah..Pergi dekat kaunter. Tengok seorang kakak dengan 2 anaknya. Anaknya beli air milo dengan jajan. Bila nak bayar dia kira duit syiling dan kertas.

 

Tak cukup. Aduh, mana lak duit. Muka dia macam panik dan segan sikit kot. Lama gak kaunter tu kira. Akak tu ambil air dan jajan anaknya letak semula..anaknya yang kecil lagi menangis nangis.

 

Ish, saya kata. Takpe kak saya belanja. Saya ambil semula jajan tu bagi kat adik tu..muka akak tu terpinga-pinga. Anak akak comel apa nama dia…dua-dua comel. Bakal jadi daie hafiz Al-Quran..terima kaseh yer..malu saya,katanya..

 

Takperlah kak sikit jer..saya pun selalu tertinggal duit dan tercicir.

 

Bila nak keluar tengok akak tu masuk kereta. Saya tanya akak dah isi minyak belum. Arrr…belum yer..saya pergi dekat pam tu guna kad saya. Akak isilah penuh..hadiah anak akak. Ni anak soleh nie..

“Kenapa Ada Orang Susah?” Ustaz Ebit Lew Nasihat Supaya Orang Kaya Jangan Lupa Diri
Lebih kita mempermudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan urusan kita. pix fb Ebit Lew

Akak tu menangis. Cakap terima kaseh. Sebenarnya saya ada sekeping rm50 tadi. Tercicir mana entah..suami bagi..macam mana saya nak bayar semula..takper kak..ok jer..sikit jer..

 

Saya happy sangat rasa. Selalu niat dari rumah jika dapat tolong walau sedikit pada orang memerlukan..

 

Begitulah nikmatnya hidup. Anak saya tanya. Ayah, cian makcik tu kan ayah. Ayah dulu selalu macam tu nak. Masa anak seorang, selalu susu anak takde duit nak beli. Jalan kaki pergi surau atau ke mana-mana sebab takde duit nak isi minyak.

 

Tak jadi pergi raya atau balik kampung sebab takde duit isi minyak. Isi minyak kereta rm5 pun biasa..masuk kedai makan selalu keluar semula sambil gelak-gelak sebab tak cukup duit..

 

Tak buka aircond. Buka tingkap kononnya nak jimat minyak.

 

Bagi yang lapang hidupnya. Makan dah kurang nikmat. Semua dah takde nikmat. Tapi bagi sesetengah orang itu semua terlalu besar nilainya..masih ramai hidup begitu..

 

Saya ingat Syeikh Saad Al Khandahlawi ajar anaknya semenjak kecil bawa bekas duit bagi pada orang miskin sekitar Nizamuddin. Saya lihat anaknya masa kecil ke sana sini bawa duit bagi pada orang miskin..begitu juga masa di Masjid Nabawi saya lihat anak remaja bagi duit kepada orang susah. Ayah mereka di belakang bekalkan duit…

 

Saya setiap kali pergi pasar malam atau berjalan, bagi rm5 pada anak suruh dia sedekah pada orang yang susah. Mereka berebut-rebut bagi. Selalu bila tengok orang berniaga susah.

 

Saja beli dekat mereka bagi dekat guard rumah atau pada orang susah. Anak-anak bila bagi makan pada orang di jalanan mereka menangis. Ayah, susahnya orang tu.

Kenapa ada orang susah ayah? Supaya orang kaya dan senang jangan lupa diri. Supaya anak orang susah ini belajar iman dan belajar erti kesusahan supaya menjadi manusia yang berguna..dengan susah manusia sedar diri dan mulia..

Nabi saw dah pesan selalulah bercampur dengan orang miskin dan takde nama. Tapi ada nama disisi Allah. Siapa tahukan? Tapi kita suka nak berdamping cuma dengan menteri orang kaya. Tak salah. Tapi jika tak diimbangi campur orang miskin.

 

Hati kita jadi rosak. Mula lupa diri. Mula nada suara dah lain. Lupa kita cuma hamba dijadikan Allah..kuat merajuk..hidup jadi sakit kerana lemah dengan pujian dan penghargaan manusia..lupa Redha Allah..

“Kenapa Ada Orang Susah?” Ustaz Ebit Lew Nasihat Supaya Orang Kaya Jangan Lupa Diri

Ads

Abdullah ibnu Jaafar ra, tengok seorang peniaga gula sedih sebab gulanya tak laku. Ibnu jaafar ra beli semua gulanya dan bagi kepada orang miskin. Orang miskin gembira. Peniaga tadi gembira..

 

Balik ceramah johor baru ini. Orang johor suka bagi bekal makanan sedap-sedap sempena Maulid. Saya dalam perjalanan balik beri pada guard atau orang dekat bus stand. Ada antara mereka kata. Ya Allah memang tengah lapar. Tengah kira duit nak beli makanan. Saya senyum happy sangat. Terima kaseh Allah atas nikmat rasa bahagia ini..

 

Patutlah seorang ibu senyum bila masak untuk keluarga. Kadang-kadang tak makan pun. Mereka bahagia tengok suami dan anak-anak makan..

 

Ramai saya jumpa kawan-kawan kedai mereka tutup. Ramai juga. Kerana tak mampu nak bayar sewa kedai. Tak balik modal. Saya doakan Allah mudahkan rezeki mereka semua. Ya Allah, sebab tu bila jumpa remaja atau anak-anak kecil lapar atau takde duit bayar yuran sekolah saya menangis. Sebab rasa dekat dengan semua itu.

 

Solat hajat saya nak bayar yuran asrama dulu-dulu. Takut tak boleh ambil result. Tengok-tengok dah ada orang bayarkan..

 

Buat kawan-kawan usahakanlah solat awal waktu berjemaah. Solat dhuha 4 rakaat atau lebih. Hargai keluarga. Rajin dekat diri pada Allah dan rajin baca Al-Quran..Semoga Allah mudahkan buat kawan-kawan semua yer..

 

Saya ada tulis dalam buku Isteriku Bidadari keberkatan rezeki dalam menghargai keluarga dan hidupkan keluarga dengan amal sunnah. Jemput datang keluargasunnah nanti yer 3 Mac 2018 di MatradeKl. Sama-sama kita ingat memperingati dalam membina sunnah Nabi saw dalam keluarga

 

Ads

Sumber: Ebit Lew

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI