Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Atlet Mandi Air Pancuran Selepas Terjunan

Share

Baru-baru ini, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya menempatkan diri di tempat keempat dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 dan ia merupakan satu kebanggaan buat rakyat Malaysia. Atlet berusia 22 tahun itu berjaya mencatatkan sebanyak 326.15 selepas membuat lima pusingan.

Kalau korang perasan, setiap kali penerjun membuat terjunan, mereka akan mandi di kawasan air pancuran sejurus keluar dari kolam terjunan. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya mereka makukan sedemikian ataupun perbuatan itu sekadar pilihan masing-masing?

Foto: iNews

Sebenarnya, sebab utama penerjun mandi di pancuran selepas membuat terjunan adalah demi memastikan otot badan sentiasa hangat dan lesu.

Sebelum kembali ke papan terjun atau platform, mereka perlu menunggu giliran yang boleh memakan masa 10-15 minit bergantung kepada jumlah atlet bertanding. Oleh itu, amatlah penting untuk otot badan terus berada dalam keadaan konsisten.

Arturo Miranda kini bertugas sebagai jurulatih penerjun Kanada, Jennifer Abel yang bertanding dalam acara 3m papan anjal.

Menurut perkongsian New York Times, bekas penerjun Kanada, Arturo Miranda pernah menjelaskan bahawa suhu pancuran air itu agak panas untuk memastikan otot dalam keadaan yang sentiasa bersedia.

Seorang lagi bekas penerjun Kanada, Kristin Wingfield yang kini bertugas sebagai doktor perubatan sukan di San Francisco juga pernah berkata perbuatan mandi di air pancuran ini menjadi kebiasaan kepada penerjun untuk mengurangkan risiko tarikan atau regangan otot yang boleh membawa implikasi buruk kepada penerjun sekiranya terjadi.

Ha, rupanya ada sebab mengapa mereka mandi selepas buat terjunan. Bukan saja-saja tau! Moga informasi ini memberikan pencerahan buat korang yang tertanya-tanya selama ini.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman