Kenapa Harga Minyak Makin Naik? Ini Penjelasan Sebenar Tentang Sektor Minyak Dan Gas Di Malaysia

Share

Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat rakyat Malaysia.

Ramai yang mengeluh, stres dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini.

Kalau nak cerita sikit tentang industri minyak di Malaysia ni, syarikat terawal yang meneroka minyak dan gas di negara ini ialah c dengan penerokaan di Miri, Sarawak.

Sejak itu, pelbagai syarikat dari luar seperti Esso, Mobil dan Conoco Phillips. Petronas mula ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membuat cari gali di luar pesisir pantai Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain.

Manakala, pusat pemprosesan minyak dan gas di Malaysia adalah di Port Dickson, Melaka, Kerteh (Terengganu), Bintulu, Miri dan terbaru di Pengerang, Johor.
Turun naik harga minyak

Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, namun kita masih bergantung kepada harga dagangan pasaran antarabangsa yang sangat terdedah turun naiknya kerana negara kita juga mengimport minyak.

Contohnya, pada tahun 2008 harga minyak naik melambung akibat permintaan tinggi dengan konflik di negara Arab (pengeluar utama) menimbulkan kerisauan bekalan minyak sehingga $140 satu tong. Hal ini adalah luar kawalan kerajaan mahupun Petronas sekali gus menyebabkan harga runcit petrol juga naik kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi.

Walaupun pada tahun lalu harga minyak jatuh mendadak sehingga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, harga minyak kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu. Ini kerana harga minyak mentah dunia turut naik.

Faktor kenaikan harga minyak ini adalah kerana negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi bersetuju mengehadkan pengeluaran minyak serta kemunculan konflik di kawasan pengeluaran minyak. Ketegangan yang berlaku di Iraq berkaitan dengan referendum pihak Kurdistan dan rantau Arab secara amnya masih belum stabil juga turut bersangkut paut dengan kenaikan ini.

Jika masih ramai yang tertanya-tanya bila mana harga minyak dunia masih belum stabil, kenapa di Malaysia masih lagi naik 15 sen pada bulan November?

Sebenarnya harga minyak yang di sini adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York). Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana ia didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah 55.04 dollar manakala MOPS untuk ron97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.

Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.

Pengiraan harga minyak di Malaysia

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.

MOPS = 66.789 USD/barrel = 0.5601 USD/litre = 2.335 ringgit/litre (Nota: 1barrel = 119.24 liter, 1USD = 4.17MYR)
2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653 – harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM 2.66 yang baru diberitahu pada hari Rabu lepas (mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang dalam minggu ini).

Jadi sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ekonomi Malaysia ni banyak bergantung kepada industri minyak dan gas. Bukan saja itu, pekerja di sektor ini, pendapatan kerajaan menerusi royalti dan cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak pun turuk naik gara-gara harga minyak.

Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda memahami situasi sektor minyak dan gas di Malaysia.

Sumber: Root of Science

 

Published by
Noor Ain Norman