Tanggal 14 Februari pada setiap tahun cukup sinonim dengan sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day. Setiap kali tibanya tarikh ini, kebiasaan setiap yang berkasih terutama golongan muda menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada pasangan mereka dengan cara tersendiri sebagai penghargaan.

Bagi beragama Islam, tahukah anda hukum menyambut hari kekasih adalah haram? Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi laman sesawang rasminya, sambutan itu adalah haram dan juga boleh menggugat akidah Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “MasyaAllah Semoga Terus Istiqamah…” Penampilan Wan Sharmila Ke Majlis Ilmu Tuai Pujian Ramai

Kenapa Islam Dilarang Sambut Valentine’s Day? Ini Penjelasan Imam Muda Hassan

Selain itu, Remaja berkesempatan juga menemu bual Juara Imam Muda musim kedua, Imam Muda Hassan atau nama sebenarnya Mohd Hassan Adli Yahya bagi bertanya lebih ‘detail’ mengenai sambutan yang semakin menjadi perhatian dalam kalangan golongan muda.

“Hari kekasih ini di mana satu hari yang disambut bersama kekasih. Dalam Islam menyambut Valentine ini haram kerana ia menyerupai kepercayaan agama lain. Kita ambil hadith nabi, ‘Barang siapa yang menyerru agama lain, maka dia sebahagian kepada mereka’.

Ads

Kenapa Islam Dilarang Sambut Valentine’s Day? Ini Penjelasan Imam Muda Hassan

“Bila kita kaji semula sejarah Valentine ini, ia ada bersangkut paut dengan agama lain. Oleh kerana itu ia diharamkan untuk disambut. Namun, jika kita ingin menyambut hari teristimewa bersama isteri, mungkin kebetulan hari ini juga ulang tahun perkahwinan, tiada masalah.

“Kerana, kita bukan sambut hari kekasih itu tetapi menyambut ulang tahun itu bersama. Asas sesuatu perkara itu diharuskan dan dibolehkan, tetapi bila mana ada perkara yang dicampur dengan unsur yang haram kerana ada unsur-unsur kepercayaan tertentu, maka ia menjadi haram,” jelasnya.

Ads

Kenapa Islam Dilarang Sambut Valentine’s Day? Ini Penjelasan Imam Muda Hassan

Pada masa sama, Imam Muda Hassan turut menegaskan buat muslim di luar sana agar tidak terlalu mengikut budaya ini terutama bagi menyambut dengan pasangan yang bukan mahram.

“Kita wish untuk apa? Seolah-olah kita meraikan budaya bukan Islam. Maka sebab itu ucapan-ucapan atau apa sahaja perkara yang menjurus kepada penzinaan, hukumnya adalah haram.

Ads

Kenapa Islam Dilarang Sambut Valentine’s Day? Ini Penjelasan Imam Muda Hassan

“Oleh kerana itu, sama-samalah kita mengambil perhatian perkara ini dan jangan terlalu mengikut. Lagi pun tiada kebaikan jika disambut dengan kekasih terutama yag bukan mahram,” ujarnya panjang.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Imam Muda Hassan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI