Kenapa Kabel iPhone Mudah Rosak? Ini Antara Sebab-Sebabnya..

Share

Bagi pengguna iPhone, mungkin korang pernah mengalami kerosakan kabel pengecas yang sering kali berlaku. Mengikut pengalaman penulis juga, sudah beberapa kali terpaksa membeli kabel iPhone yang baharu kerana kerosakan yang berlaku pada kabel tersebut.

Pernah tak korang terfikir kenapa perkara ini sering berlaku? Tambah pula harganya yang bukannya murah. Untuk pengetahuan korang, kerosakan kabel pada produk Apple ini berlaku selepas tahun 2006.

Foto: Plasticisers

Menurut Wiser, pada satu ketika dahulu produk-produk Apple terutamanya Mac Pro mempunyai kabel yang sangat kuat dan tidak mudah rosak. Ia tampil dengan rekaan serta bahan kabel yang sering dilihat pada barangan elektronik seperti televisyen dan komputer.

Namun, semuanya berubah apabila pasukan yang bertanggungjawab dalam rekaan itu mengambil keputusan untuk mengubah rupa bentuk kabel tersebut. Menurut mereka, kabel yang sedia ada pada masa itu kelihatan buruk dan tidak cantik. Mereka mahu menggantikannya dengan getah yang nipis untuk tujuan lebih menarik dan cantik.

Walau bagaimanapun, pasukan kejuruteraan Apple tahu sekiranya mereka bertindak untuk mengubahnya, kebarangkalian kabel tersebut rosak adalah amat tinggi kerana tidak ada ‘pengikat’ untuk mengatasi ketegangannya. Namun begitu, rekaan itu tetap digunakan dan itulah yang dapat kita lihat sehingga hari ini.

Foto: Tronsmart

Greener Apple

Pada tahun 2007, Steve Jobs mengambil langkah untuk memastikan produk Apple lebih mesra alam sekitar atau ‘Greener Apple’. Tujuan mereka adalah untuk membuang segala bahan yang boleh mendatangkan kerosakan atau toksik yang terkandung dalam produk mereka.

Antara bahan yang tersenarai adalah plastik vinyl (PVC) yang digunakan secara meluas dan kabel bagi memastikan ia lebih kuat dan tahan lama. Disebabkan itu kabel yang dijual pada masa sekarang berasaskan getah yang nipis tetapi bahan ini amat rapuh. Malah, kabel daripada Apple juga dikatakan antara produk yang paling mudah rosak.

Foto: SPY

Namun, selepas sedekad Apple telah mengakui kesilapan mereka dan akhirnya HomePod didatangkan dengan kabel yang lebih tahan lasak. Malah, iMac M1 baharu juga turut menggunakan bahan yang sama termasuk kabel fabrik USB-C ke Lightning. Tetapi, kabel baharu itu hanya boleh didapati jika korang membeli komputer tersebut.

Ha, rupanya inilah sebab-sebab kenapa kabel iPhone sering kali rosak. Tapi pelik juga tidak semua pengguna iPhone mengalami masalah ini juga. Korang pula macam mana?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman