Semalam kita dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman yang diberitakan mati akibat kanser kolon pada usianya 43 tahun. Lakonan hebat Chadwick dalam filem hebat Black Panther pasti masih diingati oleh ramai peminatnya. Aktor hebat ini sudah empat tahun berjuang melawan kanser kolon sebelum berakhir dengan pemergiannya semalam.
Tentu ramai ingin tahu di sebalik kanser kolonkan. REMAJA kongsikan artikel ditulis oleh Dr. Arief Budiman Abdul Aziz dari portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kanser kolon yang kerap terjadi kepada lelaki.
Apa itu kanser kolon?
Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia.
Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera
Faktor Risiko
Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :
Gejala
Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.
Diagnosa
Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.
Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.
Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.
Ujian darah
Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.
Ujian imejan
Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu
Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan – letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan – loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.