Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Ads
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Ads
Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.
Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.
Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.
Setiap kali selebriti dari Korea Selatan berkunjung ke Malaysia, pastinya setiap tempat duduk (dan kawasan berdiri) di venue tersebut dipenuhi oleh para peminat mereka.
Tak kiralah sama ada ia adalah acara konsert K-pop, acara meet & greet, fan meeting concert, acara anugerah ataupun pelancaran produk, semuanya sama je!
Hari ini, situasi itu kembali berulang apabila ruang legar Pavilion Centre Court dibanjiri oleh kira-kira lebih 3,000 peminat aktor Korea, Park BoGum.
Ada peminat yang dilaporkan sudah tiba seawal jam 9 pagi tadi hanya untuk mendapatkan tempat duduk terbaik untuk melihat idola mereka itu. Kunjungan Park Bo-Gum ke Malaysia pada hari ini bukanlah untuk acara premiere drama ataupun filem. Tetapi, dia ke sini bagi menyokong pelancaran produk terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+.
Bagi korang yang obses memuat naik gambar, video, GIF, gambar Slow-mo dan all-things-creative di media sosial masing-masing, telefon baharu Galaxy S9 dan S9+ memang sesuai sangat untuk kamu.
Ini kerana ia bukan saja mempunyai kamera belakang 12MP dan kamera selfie 8MP. Malah, terdapat juga beberapa fungsi menarik yang tidak pernah lagi diperkenalkan oleh jenama telefon pintar lain sebelum ini. Antaranya adalah fungsi gambar slow-mo yang boleh ditukar menjadi GIF.
Terdapat juga fungsi mencipta emoji sendiri semudah mengambil gambar selfie! Selepas gambar diambil, muka korang akan terus ditukar kepada versi animasi. Kemudian, pilih warna kulit, stail rambut dan baju untuk emoji korang. Serius best!
Kalau tak best, takkanlah Park Bo Gum pun sukakannya. Katanya apabila ditanya oleh emcee, Serena C petang tadi tentang fungsi yang paling digemarinya, dia menjawab, “Fungsi emoji Augmented Reality (AR) dan fungsi Slow-mo kerana ini adalah kali pertama saya melihat (teknologi) seperti itu.
Selain daripada sesi pelancaran, kehadiran Park Bo Gum juga diserikan dengan sesi mencuba fungsi slow mo Samsung Galaxy S9 & S9 Plus bersama 3 orang peminat bertuah. Siap dapat diri bersebelahan dan dipeluk lagi oleh aktor Love In The Moonlight itu!
Sebelum berpisah Park Bo Gum sempat berkata kepada ribuan peminat bahawa dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada masa akan datang. Sebelum ini, dia pernah datang ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2016 sempena ‘Oh Happy Day’ Asia Tour di KLCC Plenary Hall.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sudah boleh mengeluarkan RM500 bermula bulan ini (April) seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini bagi meringankan beban rakyat berikutan wabak COVID-19.
Pengeluaran ini boleh dilakukan secara online menerusi i-Akaun. Bagi yang sudah mendaftar sudah tentu korang boleh menarik nafas lega, tetapi bagaimana pula pada individu yang masih tidak mempunyai i-Akaun?
Korang boleh mendaftar melalui email sahaja. Masuk ke laman web KWSP (www.kwsp.gov.my), kemudian klik ‘Daftar Sekarang Melalui Emel’. Borang akan dimuat turun secara automatik.
Dokumen yang perlu disediakan:
1. Borang permohonan yang lengkap
2. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
3. Gambar selfie dengan kad pengenalan
4. Bukti pemilikan nombor telefon (Contohnya: Bil telefon/Kontrak pendaftaran telefon)
5. Salinan penyata akaun bank
Jadi korang tak perlulah risau dan bersesak-sesak di kaunter KWSP nanti. Semuanya mudah hanya dihujung jari. Buat secara online saja. Hiks!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...