“to verify that you are not a robot, please check the box next to the left of the statement ‘im not a robot'”
Korang kalau tengok perkataan ni mesti rasa macam nak mengamuk kan? Sebab kadang-kadang website tak betul la, reCaptcha buat hal lah, apa lah.. tapi sebenarnya, korang tahu tak kenapa sistem ‘Captcha’ ni penting untuk website selain daripada hanya untuk meningkatkan ‘sekuriti’ sesebuah laman web tersebut?
Kalau korang nak tahu apa kegunaan Captcha ni dan sejarah disebaliknya, secara akronimnya, Captcha sebenarnya membawa maksud:
C- Completely
A- Automated
P- Public
T- Turing test to tell
C- Computers and
H- Humans
A- Apart
Tu dia.. kemain susah nak sebutkan sebenarnya? Okay korang tak payah pening-pening, ringkasannya disini, sebenarnya Captcha
ini tujuannya adalah untuk mengelakkan bot menceroboh masuk laman web tersebut.Pencipta asal Captcha ini bernama Luis Von Ahn yang merupakan seorang consulting professor di jabatan Sains Komputer, Universiti Carnegie Mellon di Pennsylvania, dan pada tahun 2000, beliau telah menghadiri sebuah talk yang diadakan oleh Chief Scientist of Yahoo dan dimana ketika ianya berlangsung, beliau menceritakan tentang 10 masalah yang Yahoo tak boleh selesai.
Setelah itu, Luis dan team design beliau telah mencuba untuk mencari jalan keluar daripada masalah tersebut, lalu mereka mencipta ‘Captcha’.
Luis telah mengambil beberapa perkataan yang komputer sendiri tak boleh baca. Caranya mudah sahaja, beliau mengambil satu perkataan contohnya ‘photo‘ tetapi ianya di ‘warp’ kan sehingga manusia sahaja yang boleh membacanya dan komputer sendiri tak dapat nak detect.
Contoh seperti gambar dibawah:
Setelah selesai, mereka telah menghantarnya ke Yahoo.
Pada waktu itu, carian enjin Yahoo merupakan antara carian enjin yang terkenal, namun, setelah beberapa lama, makin ramai orang yang mengguna Captcha, banyak bot dah mula tahu macam mana text ini ditulis. Ye lah.. teknologi pun makin berkembang kan?Luis dan teamnya pula membuat keputuusan untuk membuat ReCaptcha V2. Haa ni sebenarnya adalah versi kedua daripada Captcha tadi tu, tapi lebih complicated dan upgraded version lah kononnya.
Apa perbezaan yang ada pula pada ReCaptcha V2 ni? Kali ini Luis mencipta 2 jenis perkataan, 1 perkataan yang komputer sendiri tahu, lagi 1 ianya dipetik daripada mana-mana artikel lama, mereka digitalize, dan jadikan gambar tu sebagai teks, yang bot tak tahu.
Pada tahun 2009, Google pula telah mengambil reCaptcha dan juga menggunakannya untuk carian enjinnya. Mereka pula scan artikel-artikel lama dan masukkanya kedalam Google Archive.
Namun, lama-kelamaan, teknologi makin berkembang, dan akibat terlalu ramai yang dah menggunakannya, bot pun dah mula boleh kesan teks tersebut.
Pada tahun 2014 pula, Google
telah mencipta reCaptcha V2 dengan cara meletakan gambar-gambar seperti trafficlight, bumbung rumah, bas, dan banyak lagi lah. Namun, ini pun sebenarnya bot boleh kesan dan masih tahu.Pada akhirnya, mereka mencipta reCaptcha V3 pula, dan dengan cara ini mereka menggunakan pengesanan melalui behavior si pengguna dan juga melalui IP address mereka.
Captcha sebenarnya boleh bantu website untuk mengelak para scammer diluar sana untuk buat bot dan scam orang lain.
Mudah je sebenarnya korang tinggal tick saja kotak reCaptcha semua tu, bukannya hentak sampai nak pecah skrin telefon korang waktu nak daftar vaksin hari tu.. eleh.. ingat penulis tak tahu ke..