Kenapa Kita Wajib “BERI 64% DUIT” Dividen KWSP Dekat Fakir Miskin, Ini Sebabnya…

Share

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen kepada setiap ahli simpanannya. Dividen Simpanan Shariah sebanyak 6.4 peratus berbanding Simpanan Konvensional sebanyak 6.9 peratus.

Bagi  yang ada caruman dalam KWSP tu bolehlah tengok berapa dividen diperoleh untuk tahun 2017 ini ya. Kata KWSP, inilah dividen tertinggi yang mereka berikan  kerana pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Bukan semacam ASB yang mana duit boleh keluar masuk, duit KWSP khususnya Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun sahaja.

Tapi ada pengecualian di sini, korang boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk pembayaran balik PTPTN, pembelian rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan, perubatan dan terakhir untuk pendidikan. Lain-lain sebab memang tak ada peluang langsung ya.

Untuk golongan muda dan belia, inilah tabung simpanan hari tua kita. Sebab itulah bila korang bekerja, korang kena pastikan majikan ada membuat caruman dan membayarnya ke KWSP. Kalau potong tapi tak masuk ke KWSP, boleh lapor pada pihak KWSP dan majikan boleh kena saman tau.

Apa beza tentang Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah? Remaja kongsikan sedikit maklumatnya.

Bagi Simpanan Konvensional, pihak KWSP akan membuat pelaburan yang dijangka memberikan pulangan yang lumayan. Bidang pelaburan ini tidak terhad, dalam erti kata lain, asalkan boleh menjana keuntungan. Mungkin dalam sektor hartanah, perbankan, bon  dan banyak lagi.

Manakala Simpanan Shariah pula diurus dan dilaburkan berdasarkan akad wakalah. Bukan islam pun boleh membuat pilihan ini tapi terpulanglah pada pilihan masing-masing, tak ada paksaan.

Dianggarkan dari 14 juta pekerja pekerja yang mencarum, dari Jun 2016, seramai 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari jumlah keseluruhan. Dari RM100 bilion  yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa dividen syariah ini lebih rendah sebanyak  0.5 peratus berbanding simpanan konvensional. Mana lebih baik, Shariah atau Konvensional.

Tapi baca baik-baik penjelasan dari  Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga bekas penolong profesor di Kulliyyah of Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selain terkini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas  Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd.

Kalau ramai merasakan simpanan konvensional lebih untung (untung 0.5 peratus), tapi pasti ramai terkejut kerana simpanan konvensional ini agak “RUGI” kerana duit dividen yang diterima itu perlu dibersihkan (maksudnya disedekahkan) ke fakir miskin dan badan kebajikan kerana 65 peratus pelaburan KWSP  tidak patuh syariah. Dalam erti kata mudah, pelaburan ini ada unsur-unsur riba dan subahah.

Senang cerita, kiraan dividen adalah seperti berikut:

Bagi umat islam, kita digalakkan berurus niaga jika tiada unsur-unsur riba. Jadi ingat-ingat ya, bila nak keluarka duit pada usia 55 tahun nanti, kena keluarkan sejumlah bayaran untuk pembersihan dividen ini. Duit itu tidak boleh diberikan kepada PUSAT ZAKAT kerana ada unsur subahah dan cuma boleh diberikan kepada FAKIR MISKIN DAN BADAN KEBAJIKAN sahaja.

Untuk lebih faham, boleh baca penjelasan Ustaz Dr Zahiruddin mengenai faedah simpanan shariah dan konvensional mengenainya.

10 Februari lalu, Dr Zaharuddin telah menulis di entri facebooknya mengenai dividen KWSP ini. Malah beliau telah mengulas panjang perkara ini bagi memberi pemahanan lebih kepada umat Islam mengenai dividen ini.

 

Ustaz Zaharuddin sangat terkenal kerana beliau merupakan pakar kewangan syariah

 

Baca kenyataannya :-

DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP

Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-

  1. Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.
  2. Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.
  3. Pun begitu seluruh dividen 6.4 % dari Simpanan Shariah yang dikira melalui cara ‘daily balance’ (baki harian) tersebut akan dinikmati sepenuhnya oleh ahli TANPA PERLU sebarang pembersihan kerana semua diraih melalui pelaburan patuh Shariah. Tahniah… !!
  4. Manakala bagi muslim/muslimah yang mendapat 6.9 % hasil dividen simpanan konvensional, kalian WAJIB membuat pembersihan kerana majoriti dividen datang dari sumber TIDAK PATUH SHARIAH. Jumlah kadar pembersihan?? Sangat banyak iaitu 64 % dari dividen konvensional tersebut, maka itu menjadikan dividen penyimpan konvensional sangat rendah jika dilihat dari perspektif patuh Shariah.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
elzarshariah.com

Dengarkan juga kuliah Maghrib yang beliau sampaikan mengenai isu ini. Mungkin selepas ini, selepas membaca dan mendengarnya maka semakin ramai umat Islam beralih kepada simpanan patuh syariah.

 

Dosa riba lebih besar dari 28 kali perlakuan zina

Carian Remaja mengenai isu riba ada dinyatakan di dalam surah al Baqarah.

Allah berfirman yang ertinya, Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (QS. Al-Baqarah: 276).

Rasulullah pernah bersabda hal berkaitan riba, “Sesungguhnya wang satu dirham yang didapat oleh seseorang dari riba itu lebih besar dosanya di sisi Allah dibanding 28 kali dosa zina yang dilakukan orang tersebut,” (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Ash-Shamtu, 175, dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 5519). Semoga Allah menyelamatkan kaum muslimin dari keburukan riba. [Redaksi KhotbahJumat.com]

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros