Sekiranya korang berada di penggambaran sesi penyingkiran episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019, mesti korang pun terkejut mendengar komen para juri kepada peserta.
Melihat kepada respon penonton yang mempersoalkan mengapa juri tetap, Dato Hans Isaac dan juri jemputan, Dato AC Mizal begitu serius dalam memberi komen, kami dapatkan pendapat mereka sendiri.
Kata Dato Hans, “Sejak hari pertama di dalam program ini, saya sudah katakan kepada mereka, I’ll be tough on them because this is their time to improve before entering the industry.
“Tahniah saya ucapkan kepada team Aura Remaja (Rasya Dean, Ernisha, Arena Iman, Aween Ismail) kerana berjaya, namun mereka gagal untuk menyerlahkan individualiti sebagai peserta.
“Sebagai team, mereka bagus. Namun bila kami melihat kekuatan masing-masing sebagai peserta individual, mereka tidak menyerlah pada cabaran kali ini. Kamu harus ingat, Dewi Remaja is a competition. Kena selalu serlahkan diri,” kata beliau.
BACA: ‘Mungkin Tak Ada Rezeki.’ Aween Ismail Terpaksa Tarik Diri?
Seperti yang korang tahu, kumpulan Tiga Manis yang dianggotai oleh Haneesya, Anna Jobling dan Affie Rania dipilih sebagai peserta bottom 3 untuk episod keempat.
“Ya mereka bertiga memang cantik, tetapi Dewi Remaja lebih daripada rupa luaran.
“Saya bukannya ingin attack mereka tetapi ini adalah pesanan kepada kesemua peserta. Bila kamu terlalu overconfident, kamu selalu rasa kamu nombor 1 – kamu akan jatuh bila gagal lakukan sesuatu.
“Semua selebriti nak lakukan yang terbaik, nak jadi nombor 1. There is nothing wrong with that, tetapi fahami dulu strategi untuk berjaya. Sebagai sebuah kumpulan, rancang betul-betul. Jika di dunia luar nanti, kamu akan deal dengan banyak jenama produk yang nakkan kamu sebagai duta.
“Fahami dulu produk, rancang dan lakukan sehabis baik,” pesan Dato Hans lagi.
“Seperti yang saya cakap kepada mereka tadi (semasa sesi penyingkiran), walaupun mereka sedang melakukan task iaitu menjual di booth
masing-masing, mereka harus ingat untuk menjadi peserta Dewi Remaja.“Identiti sebagai Dewi Remaja masih perlu ada, kalau tak – apa yang membezakan mereka berbanding penjual lain? Dan disebabkan itulah, saya dan (Dato’) Hans bersetuju dengan pemilihan Sherin Amiri sebagai peserta terbaik pada minggu ini.
“Sejak cabaran menjual pelan data redONE di Publika sehinggalah cabaran maxi di MAHA, MAEPs Serdang, kami lihat Sherin tidak mudah mengalah, cuba berikan yang terbaik dan pandai mencari solusi on-the-spot.
“Itu semua penting jika mereka mewakili imej seorang Dewi Remaja. Malah, selebriti sekarang pun ramai yang join jualan besar-besaran juga kan? Pernah nampak mereka mengeluh penat? Tak,” ulas beliau panjang lebar.
***
Selain itu, antara isu yang dibangkitkan oleh para juri (mungkin tidak dipaparkan secara menyeluruh di kaca televisyen) adalah penggunaan media sosial di kalangan peserta.
“Media sosial membezakan Dewi Remaja era millennial dan zaman sebelum ini. Semasa Neelofa dan Scha Al-Yahya bertanding, media sosial tidak sepenting sekarang. Apa yang saya lihat, peserta terlalu bergantung harap kepadanya.
“It is not necessarily a bad thing kerana media sosial memang penting untuk komunikasi bersama followers. Tetapi kadangkala kita lupa yang kita pun perlu turun padang dan bertemu followers.
“Bagi saya, tak semua peserta yang telah menguasai skil bercakap depan-depan dengan orang, and in this case, dengan pelanggan.
BACA: ‘Hebat Akak Promoter’ Dewi Akui Cabaran Sukar Episod 4
***
Bukanlah niat juri kita pada minggu ini untuk merendahkan para peserta.
Tetapi rasanya mereka berdua ingin kesemuanya to step up their games, memandangkan kita sudah separuh jalan di dalam Dewi Remaja 2018/2019. Siapa excited untuk menonton episod kelima Ahad ini?!
Kami tahu kami excited! Jangan lupa date kita pada 23 Disember (Ahad) jam 10.30 malam di saluran Astro RIA dan RIA HD. Kemudian ikuti, Live Instagram dan Facebook bersama para finalis di akaun @majalahremaja.